Pepatah Melayu berkata ..”Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.”

Secara rengkas maksud pepatah Melayu diatas ialah jika pengetahuan kita cetek  janganlah hendak  melawan orang yang lebih arif tentang sesuatu. Sifat seseorang yang mahu menunjuk kepandaiannya tapi tersalah tafsir atau salah faham, langkah paling baik adalah berpatah balik . Sebagai contoh, sekiranya kita tersesat mencari  tempat  yang hendak dituju, pada lazimya kita perlu berhenti dan bertanya kepada mereka yang mengetahui. Janganlah kita bersifat angkuh dan bodoh sombong sehingga tidak mahu bertanya dan akhirnya kita berpusing-pusing kerana sesat. Kedua-dua sifat ini dibenci Allah swt.

Al-quran adalah  wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw dan merupakan satu Mukjizat (Miracle) kepada Baginda.Mukjizat ini bertujuan membimbing umatnya agar tidak sesat dalam perjalanan hidup mereka. Selain daripada  itu, Al-quran merupakan ibu kepada segala buku yang mengandungi segala macam ilmu . Saya percaya ramai daripada yang bijak pandai merujuk buku hasil penulisan manusia sebagai panduan untuk menyelesai masalah kerja, untuk motivasi diri, menambah ilmu atau  sekadar  hiburan sahaja. Langkah menambah ilmu melalui membaca memanglah digalakkan. Namun begitu  manusia jangan meninggalkan daripada membaca Al-quran kerana manusia akan dapat lebih daripada itu. Ilmu  yang diperolehi daripada membaca Al-quran memberi bukan sahaja panduan hidup di dunia bahkan di akhirat. Ia merupakan Buku Rujukan  yang mutlak dan sepatutnya berada disisi manusia untuk  dibaca  setiap masa. Ingatlah bahawa isi Al-quran itu datangnya daripada Allah dan begitu juga manusia dan makhlok-makhlok yang lain. Maka kenapa kita tidak menghargai BukuNya kerana Allah adalah Maha Agong. Bukankah Ia lebih Mengetahui  daripada segalanya?

Sebenarnya apa saja ilmu yang dihasilkan oleh manusia semuanya ada terdapat didalam Al-quranul-Karim. Malahan masih terdapat lagi ilmu dalam Al-quran yang belum diterokai oleh manuisa. Kita perlu  fahami isi kandungan Al-quran untuk mengetahui segala yang ada diantara bumi dan langit. Bagi memahami inti pati Al-quran kita perlu menguasai bahasanya iaitu bahasa Arab.Jika kita dapat menguasai bahasa Arab maka amat mudah untuk kita memahami apakah maksud setiap ayat yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya.

Seterusnya untuk membantu kita memahami lebih lanjut lagi ayat Allah, adalah penting bagi  kita mengetahui mengenai sejarah ayat itu diturunkan. Pengetahuan tentang asal usul ayat itu sedikit sebanyak dapat membantu kita mengetahui tujuan ayat itu diturunkan. Secara langsong mengelakkan kita daripada salah terjemah dan tafsir.

Namun begitu atas sebab takut  salah menterjemah dan mentafsirkan ayat-ayat Allah bukanlah punca untuk kita menjauhi  Al-quran. Itu adalah salah. Ibaratkan saja  sekiranya kita tidak pandai memandu kenderaan. Langkah yang wajar ialah kita harus belajar memandu. Setelah memperolehi lesen memandu maka barulah kita boleh memandu dengan penuh yakin. Samalah juga  ceritanya dengan mempelajari  membaca Al-quran. Langkah pertama kita perlu  ada guru untuk mengajar kita  supaya setiap sebutan huruf dan ayatnya adalah betul. Jika kita telah persiapkan diri dengan cara membaca isi Al-quran  dengan  betul maka langkah kedua kita cuba memahami tafsirnya. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendekati diri kepada Al-quran dan menguasai maksud  yang tersurat dan tersirat didalamnya. Memang tidak rugi.

1.0 Panggilan Al-Quran

Al-Quran  dipanggil dengan berbagai nama. Diantaranya ialah:-

i.   Al-Kitab (Surah Al-Baqarah: Ayat 2; Surah Al-Anbiya:Ayat 10).

ii.  Al-Furqan (Surah Al-Furqan:Ayat 1)

iii. Zikr  (Surah Al-Hijr: Ayat 9)

iv. Tanzil (diturunkan)  ( Asy – Syu’ara : Ayat 192)

2.0  Al-Quran sebagai Mukjizat

Al-quran adalah Mukjizat kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah swt  untuk seluruh manusia * dan ia mempunyai berbagai sifat. Diantaranya :-

2.1  Nur (Cahaya)

Dalam Surah An-Nisa Ayat 174: “Wahai manusia , telah datang kepadamu bukti kebenaran daripada Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang nyata.”

Merujuk kepada tafsir Al-Azhar yang dibukukan oleh Hamka maksud pangkal ayat diatas ialah Allah swt  telah datangkan Burhan iaitu keterangan yang besar, jelas dan nyata.Burhan membawa hakikat Iman yang besar kepada Allah supaya hidup kita selamat, berugama dan berbudi, sentosa dunia dan akhirat. Burhan ini adalah seorang Manusia iaitu Muhammad saw.

Dihujung ayat ini… dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang nyata. ”  –   cahaya yang nyata bererti  wahyu yang diterima oleh Burhan (iaini Nabi Muhammad saw) yang bernama Al- quran dengan perantaran Jibril . Al-quran merupakan cahaya yang nyata. Ini bermaksud  bila manusia membaca Al-quran dan faham akan segala pengajaran yang hendak disampaikan dan manusia mempraktikkan segala ajaran-ajaran tersebut maka jiwa mereka akan merasa tenang untuk menghadapi segala ujian daripada Allah. Manusia akan faham ertinya hidup dan kemana lanjutan sesudah mati dan apa bekal yang harus dibawa. Al-quran menerangkan puncak daripada semua kegiatan hidup iaitu  Ma’rifat kepada Tuhan. Puncak itu adalah Tauhid. Tauhid ialah mempercayai Allah itu  Satu , Dia Pencipta dan Pemelihara. Jika manusia menyelami dan memahami  isi Al-quran  maka ianya menjadi ilmu kepada mereka. Ilmu ini menguatkan iman manusia kepada keesaan Allah. Ilmu ini juga membantu  manusia bersedia melangkapkan diri  untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah.

2.2   Huda (Petunjuk); Syifa’ (Ubat); Rahmah (Rahmat); Mau’izah (Nasihat)

Sifat-sifat diatas diterangkan dalam Surah Yunus ayat 57 : “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu  nasihat daripada Tuhanmu dan ubat(syifa’) bagi ada yang didalam dada, dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Teralalu banyak nasihat-nasihat daripada Allah swt untuk hambaNya melalui surah-surahNya agar  mereka tidak tersesat  dalam liku-liku penghidupan dan  mempercayai keesaanNya. Pengajaran yang dibawa dalam Al-Quran ialah pembangunan akhlak (character), sikap hidup, atau pun didalam mengamalkan pekerjaan. Al-quran mengajar  agar manusia dapat membezakan mana yang baik dengan yang buruk dan mana yang benar dengan yang bathil. Didalam pekerjaan kita amalkan akhlak yang baik  iaitu bersifat tolong  menolong, hormat menghormati, berkasih sayang dan bersedekah. Allah swt  dalam Al-quran menyebut hindari sifat-sifat buruk seperti  mencuri harta orang lain, meminum minuman yang merosakkan akal, berzina, dan memakan harta anak yatim.

Tersebut hanya sebahagian daripada nasihat-nasihat Allah swt yang boleh didapati dalam Al-quran. Nasihat-nasihat dalam Al-quran merupakan pengajaran dan didikan bagi memperbaiki hubungan diantara manusia dengan Allah  swt  dan hubungan diantara manusia sesama manusia. Hubungan antara sesama manusia meliputi perhubungan anak dengan ibu bapa, antara suami dan isteri, antara pekerja dan ketua, antara rakyat dengan pemimpin dan seterusnya. Nasihat ini datangnya langsong daripada Tuhan bukan daripada  filsafat akal manusia . Nasihat bertujuan untuk kebahagian hidup hamba Allah pada setiap waktu dan tempat.

Dipertengahan ayat diatas, dikatakan nasihat-nasihat daripada Tuhan merupakan..” ubat  (syifa’) bagi ada didalam dada; ”

Apa yang ada dalam dada  manusia secara fizikal adalah  jantung. Jantung disimbolkan sebagai hati manusia atau pun hati sanubari dan hati nurani. Hati ini juga bermaksud akal, budi, ilmu pengetahuan, dan perasaan halus. Seterusnya Al-quran menyebut  apa yang ada didalam dada iaitu hati sanubari dan hati nurani sebagai pusat daripada gejala-gejala perasaan. Oleh itu  apabila manusia berasa gembira , susah, sedih dan kecewa adalah berpusat daripada hati. Namun kesemua perasaan ini boleh diubati dengan membaca Al-quran.

Sebagai contoh, tatkala manusia mengalami kesedihan diatas kembalinya seseorang yang dikasihi ke Rahmatullah atau pun mengalami kerugian berupa kebendaan , dengan memahami apa yang ternyata didalam Al-quran dapat meringankan rasa kesedihan  dan kekecewaan dihati manusia. Al-quran ada menyebut bahawa setiap yang ujud  antara bumi dan langit dijadikan  Allah swt dan ianya milik Allah swt. Oleh itu  Allah swt mempunyai kuasa mutlak untuk memberi dan mengambil balik  apa saja Yang dikehendaki . Dalam konteks ini hati manusia  dapat diubati  apabila dia mengetahui bahawa  segala  pemberian itu adalah bersifat  sementara daripada Allah swt dan manusia harus meredhakan apabila  Allah mengambil balik pemberianNya.

Selain daripada hati itu merupakan  simbolik  kepada perasaan manusia , sebagai satu  organ dalaman iaitu jantung , juga ada tempatnya didalam Al-quran. Iaitu dengan mengamalkan ayat-ayat Al-quran manusia dapat mengubati secara fizikal apa yang ada dalam dada atau pun dalam badan manusia. Seperti diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dan Ibnu Mardawaihi  yang diterima  daripada sahabat Nabi saw, Abu Sa’id al-Khudri, kononnya seorang lelaki datang kepada Rasullullah dan mengadukan hal bahawa dadanya sakit.Maka Rasullullah bersabda kepadanya..”Bacalah Al-quran kerana Allah telah berfirman bahawa Al-quran dapat mengubat apa yang ada dalam dada.”

Didalam kisah yang lain yang diriwayatkan sendiri oleh Abu Sa’id bahawa beliau telah mengubati anak seorang ketua desa Badawi yang digit kala jengking dengan membaca  surah Al-Fateha. Begitulah diantara sifat-sifat  surah  yang terdapat  dalam  Al-quran  yang boleh mengubati penyakit  rohani dan jasmani.

Akhir sekali pada hujung ayat diatas; … ” dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ”

Apabila manusia patuhi segala nasihat-nasihat  Tuhannnya dan mengguna ayat-ayat Al-quran untuk mengubati  segala penyakit samada secara rohaniah atau  jasmaniah; dan dijadikan petunjuk dalam perjalanan hidup; maka tidak dapat tidak dirasailah Rahmat Ilahi bagi dirinya, rumah tangga dan masyarakat secara amnya. Justeru dengan bersandarkan kepada  ajaran didalam Al-quran sebagai panduan hidup, manusia perlu sentiasa bertaqwa kepada Allah swt dan ganjarannya ialah kehidupan manusia dipenuhi Rahmat  daripada Allah swt di dunia dan di akhirat.

2.3   Mubin ( yang Menerangkan, yang Nyata)

Dalam Surah Al-Maidah: Ayat 15 :- “Wahai Ahlul-Kitab! Telah datang kepada kamu Utusan Kami, menerangkan  kepada kamu banyak hal dari apa yang telah kamu sembunyikan, dan Dia maafkan dari yang banyak lagi. Sesungguhnya  telah datang kepada kamu  dari Allah suatu cahaya dan kitab yang nyata.”

Banyak keterangan hukum-hukum Tuhan yang telah disampaikan kepada Ahli Kitab ** melalui Nabi-Nabi mereka seperti yang tercatit dalam Taurat dan Injil yang asal. Namun terdapat Ahli Kitab dan pemuka-pemuka Bani Israel  yang menyembunyikan daripada pengetahuan kaum mereka. Juga sudah disampaikan kepengetahuan mereka bahawa akan datangnya Roh Kebenaran (Cahaya) daripada Allah atau pun dalam bahasa Arab Ruhul Haq. Cahaya itu adalah Nabi Muhammad  saw dan Kitab yang nyata itu tidak lain dan bukan adalah Al-quran. Seperti biasa mereka tidak dapat menerima keterangan ini dan menolaknya sama sekali.

2.4  Mubarak ( yang Diberkati)

Dalam Surah Al-Anbiya: Ayat 50:- ” Dan ini pun adalah suatu peringatan yang memberi berkat; Kami turunkan dia. Apakah kamu hendak mengingkarinya? 

Daripada ayat diatas..suatu peringatan yang memberi berkat adalah bermaksud Al-quran.  Kami turunkan dia …bermaksud Al-quran diturunkan oleh Allah. Lanjutan maksud ayat tersebut menerangkan bahawa Allah telah menurunkan Al-quran  dimana jika manusia  mentaati kepada segala peringatan  dan perintah didalamnya maka hidup mereka akan mendapat restu  daripada Allah. Betapa nikmatnya hidup jika setiap langkah dan perbuatan manusia direstui Allah;  Subhanuallah!

Dihujung ayat  Allah menyoal lagi..“Apakah kamu hendak mengingkarinya?
 Ayat-ayat yang diturunkan Allah mengguna bahasa  Arab yang halus lagi fasih oleh itu  tidaklah wajar  bagi mereka mempertikaikan dan menolaknya sama sekali .

2.5  Bushra (Khabar /Berita Gembira)

Dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 97 Katakanlah (wahai Muhammad), ” Sesiapa memusuhi Jibril, kerana Jibril itu menurunkan Al-quran kedalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-Kitab yang ada dihadapannya  (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk (daripada kesesatan) dan khabar gembira kepada orang yang beriman..”

Seperti pembaca sedia maklum , Al-quran adalah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu Ilahi ini membenarkan  apa yang terdapat  dalam Kitab-Kitab terdahulu. Oleh itu bagi yang engkar dan kufur terhadap  Kitab-Kitab sebelum Al-quran mereka turut menolaknya. Namun bagi orang yang beriman,  Al-quran merupakan petunjuk dan berita atau khabar gembira kepada mereka kerana mereka dijanjikan balasan kehidupan yang  bahagia di akhirat atas amal saleh di dunia.

2.6  Aziz ( yang Mulia)

Dalam Surah  Fussilat : Ayat 41 :- ” Sesungguhnya orang yang mengingkari az-zikr (Al-quran) ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab yang pedih); sedangkan  sesungguhnya Al-Quran itu sebuah kitab suci yang mulia (yang tidak dapat ditandingi).”
Diatas  sifat suci  dan mulia (Aziz)  Al-Quran maka barangsiapa yang mengingkarinya akan menerima balasan yang hina daripada Allah setelah segala peringatan  disampaikan kepada mereka.

2.7  Majid  (yang Dihormati)

Dalam Surah  Al-Buruj : Ayat 21 :- ” Bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya (dihormati).”

Ayat ini jelas meletakkan kedudukan Al-quran sebagai paling dihormati. Ia dihormati kerana kata-kata didalamnya datang daripada Allah. Allah adalah Pencipta kita. Bukankah kita harus memuliakan Pencipta kita? Walaupun begitu  jangan pula kita segan atau takut untuk memegang dan membacanya setiap hari. Kata-kata Allah itu merupakan bimbingan agar kita tidak akan sesat didunia dan akan menyelamatkan kita dihari pengadilan nanti.

2.8  Bashir  (Pembawa Khabar Gembira) dan Nazir ( Pembawa Nasihat).

Dalam Surah Fussilat : Ayat 4 :-

” Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang yang beriman) dan membawa amaran /nasihat (kepada yang engkar). Dalam pada itu, kebanyakan mereka berpaling, lalu tidak mahu menerimanya.”

Al-quran sebagai pembawa khabar atau berita gembira  kepada mereka yang beriman dan pada masa yang sama memberi amaran/peringatan dan nasihat kepada mereka yang engkar dan kufur. Walaupun begitu sifatnya,  manusia tetap ada yang berpaling iaitu menolak apa yang terdapat dalam Al-quran. Alangkah bodoh dan ruginya bagi mereka ini.

Untuk makluman pembaca, surah-surah yang dipetik hanyalah sebahagian sahaja sebagai contoh bagi menerang sifat-sifat Al-quran.Terdapat banyak lagi contoh-contoh didalam Al-quran yang menerangkan sifat-sifat  yang tidak dapat dijelaskan dalam  tampalan ini.  Seperti yang dinyatakan diperengan 2.0  bahawa Al-quran itu adalah Mukjizat kepada Nabi Muhammad saw untuk seluruh manusia. Maka sesiapa sahaja tidak kira bangsa atau ugama yang mempelajari Al-quran dan memahami segala yang ada didalamnya akan mendapat pelajaran dan manfaat. Maka itu adalah disyorkan agar  para pembaca blog ini meneruskan  pengajian Al-quran  secara terperinci kerana ilmu daripadanya mencakupi  segala yang ada di bumi dan di langit .

Ma Shaa Allah.

NB:  * seluruh manusia – bermaksud kesemua ciptaan Tuhan yang hidup di bumi dan di langit.

**  Ahli Kitab – kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada kitab Taurat, Injil, Zabur-zabur  dan Shuhuf yang lain. Namun tidak semua yang taat kepada Tuhan dan kitab-kitab mereka.

1.0 Sejarah Negara Filipina Secara Rengkas

1.1 Pengislaman Sulu dan Magindanao (Mindanao)

Tahukah anda bahawa Filipina pada satu masa dulu adalah sebuah negara Islam?

Ya, benar.

Mengikut fakta sejarah pemerintahan Islam di Filipina telah berkembang dari Pulau Sulu hingga ke utara pada akhir abad ke15. Pada zaman itu, Manila dipanggil Selurong dan diperintah oleh Raja Sulaiman Mahmud dengan bantuan Raja Matanda.Wilayah Tondo pula diperintah oleh Raja Iskandar. Pada masa yang sama Islam telah berkembang sehingga ke Batangas, Pampanga, Cagayan, Mindoro, Catanduanes, Bonbon, Cebu, Oton dan Laguna.

1.2 Kronologi  Kedatangan Pendakwah Islam ke Sulu dan Magindanao

Fakta-fakta dibawah adalah mengikut Tuan Syed Muhammad Naquib Al-Atas dalam bukunya “Historical Fact And Fiction” dan tarsila * Magindanao.

1.Islam telah sampai ke Filipina seawal abad ke13 apabila pendakwah berbangsa Arab dengan gelaran Tuan Masha’ika menjejakkan kakinya di Pulau Sulu. Pada zaman itu Filipina dikenali sebagai Kepulauan
(Arkipelago) Sulu.

2. Pedagang dan pendakwah Arab bergelar Karim Al-Makhdum dari Pasai  sampai ke Sulu pada tahun 1360. Beliau diberi gelaran Sharif Awliya.

3. Sharif Awliya kemudian  meneruskan perjalanannya ke Magindanao  dan menyebar ugama Islam disana.

4. Pada 1390 datang pula Syed Abu Bakar seorang Arab dari Selatan Arab ke Sulu bagi menyambong usaha-usaha Sharif Awliya.

Syed Abu Bakar kemudian menaiki tahta sebagai Sultan Sulu pertama dan mengguna gelaran Sharif Hashim.

5. Sharif Awliya adalah pendakwah Islam yang pertama tiba di Magindanao.

6. Pendakwah kedua yang digelar Sharif Maraja pula datang ke Magindanao pada 1380 (setelah Sharif Awliya balik ke Pasai) dan menyambong penyebaran Islam.

7. Pada 1440 (bukan 1515 seperti yang direkod oleh pengkaji sejarah Cecil Mabul), Sharif Kabungsuan telah sampai ke Magindanao dan memulakan pemerintahan Kesultanan Magindanao.

Walaupun tiada dinyata dalam tarsila Magindanao, tetapi mengikut cerita tradisi dan boleh dipercayai, Sharif Kabungsuan mempunyai dua abang bernama Alawi dan Ahmad atau Ahmad dan Muhammad.Diantara kedua abangnya, yang tua sekali adalah pengasas kesultanan Brunei dan abangnya yang kedua pengasas Kesultanan Sulu. Secara umumnya dipercayai bahawa,Sultan-Sultan Sulu, Magindanao dan Brunei adalah adik beradik.

Berdasarkan kepada cerita tradisi yang boleh dipercayai, kita dapat memahami  bagaimana Borneo Utara (Sabah sekarang) dan Palawan yang dulunya dibawah jajahan Kesultanan Brunei bertukar tangan kepada Sultan Sulu.

Kita juga dapat memahami mengapa  Kerajaan Filipina  semasa pemerintahan Presiden Macapagal (seterusnya semasa pemerintahan Presiden Marcos) menuntut Sabah setelah terbentuknya gagasan Malaysia.

1.2  Kedatangan Imperialis Katolik Spain

Pada 17 Mac 1521, pengembara berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan, dibawah pemerintahan kerajaan Spain, telah sampai ke Pulau Samar. Mengikut peta terkini Negara Filipina, Samar adalah dibahagian Timur Visayas iaitu dibawah wilayah Kepulauan Visayas. Beliau terus menaklok dan menamakan Samar Arkipelago Lazaro.
Tujuan sebenar pelayaran Magellan ke Asia Timur adalah untuk menyebarkan ugama Katolik.Beliau berjaya mempengaruhi Raja Humabon, Raja Pulau Cebu dan Permaisurinya Hara Amihan memasuki ugama Katolik. Penaklokan Magellan keatas Samar hanya untuk tempoh yang sengkat kerana Datu Lapu Lapu telah menyerang Magellan dan orang-orangnya apabila mereka mendarat di Pulau Mactan pada 21 April 1521. Magellan dan orang-orangnya terbunuh.

Selepas kekalahan dan kematian Magellan banyak lagi ekspedisi daripada kerajaan Katolik Spain datang menyerang. Akhirnya pada 1543, Komander Ruy Lopez de Vallilobos telah berjaya menawan kembali Samar dan menaklok Leyte. Beliau telah menamakan kepulauan tersebut “Las Ilas Filipinas” atau pun “Philippines” (Filipina) sempena nama Putra Philip Spain ketika itu.

Oleh kerana “Philippines” terdiri daripada beribu pulau, maka penawanan sepenuhnya hanya berlaku pada 1565 dan kerajaan katolik Spain telah memerintah selama 333 tahun iaitu sampai 1898. Pada abad ke20 Kepulauan Sulu telah bertukar nama kepada Filipina pada keseluruhannya. Bukan sahaja Kepulauan Sulu telah bertukar nama tetapi bertukar bentuk dan kedudukan geografi; kuasa pemerintahan daripada Islam kepada Katolik ; kuasa Sultan Sulu akhirnya jatuh kepada kerajaan penjajah Spain dan penduduk Islam menjadi pelarian dan majoriti lari ke Selatan Filipina.

2.0  Kebangkitan Pejuang Kebebasan

Apabila pemerintahan Kerajaan Islam di Spain yang memerintah selama 400 tahun berjaya dijatuhkan oleh orang-orang Spain pada 1492 maka pengembara-pengembara Spain telah mengorak langkah untuk belayar keluar sebagai tujuan menaklok dan menyebarkan ugama Katolik.
Pelayaran mereka sampai ke Asia Timur sehingga ke Kepulauan Sulu pada 1521.Semasa pemerintahan Spain di Filipina rakyat ditindas dan penduduk-penduduk Islam jadi pelarian.Mereka dipaksa menukar ugama ke Katolik. Jika menentang mereka dibunuh. Segala kuasa dan tanah jajahan Sultan dirampas. Selama lebih daripada tiga abad penduduk Islam dan bukan Islam hidup sengsara.

Apabila Spain kalah dalam peperangan Amerika-Spain (1565 -1898) di Cuba, Amerika telah tunjuk minat untuk menaklok Filipina. Kerajaan Kolonial Amerika pula memerintah Filipina selama 48 tahun dan akhirnya pada 4 Julai 1946, Filipina telah dimerdekakan.

Selepas Filipina merdeka daripada kuasa Kolonial Amerika,majoriti penduduk Islam telah berpindah ke Magindanao, Zamboanga, Palawan, Sulu,Visayas ,Bisalan danTawi-Tawi. Walaupun telah merdeka nasib penduduk Islam dipinggirkan. Akibat ditindas maka ramai yang menentang kerajaan sehingga mereka dikenali sebagai  pejuang kebebasan Moro.

2.1 Penubuhan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)

Sebenarnya perkataan Moro adalah nama yang diberi oleh orang Spain kepada penduduk Muslim di Filipina pada tahun 1570. Moro adalah daripada perkataan “Moors”, iaitu orang Islam dari Utara Barat Afrika yang menawan Spain pada 711 Masehi. Masyarakat Eropah umumnya menamakan setiap orang Arab dan Afrika Muslim (yang berkulit hitam) sebagai Moors. Namun pada tahun 1578, kerajaan penjajah Spain telah menamakan hanya orang-orang Muslim di Sulu dan di Mindanao sebagai Moro.

Apabila tercetusnya pembunuhan yang dipanggil Pembunuhan Jabidah ( Jabidah Massacre) pada 1968 oleh Angkatan Tentera Filipina keatas pejuang Moro, seorang penuntut Moro ketika itu, bernama Nur Misuari , telah menubuhkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada Mac 1969. Pergerakan ini dikenali sebagai MNLF .
Pembunuhan Jabidah atau “Corregidor Massacre” ini menjadi titik tolak bagi Nur Misuari untuk bersatu dengan pejuang-pejuang Moro yang lain menubuh MNLF untuk  menentang Kerajaan Filipina.Matlamat perjuangan adalah memohon kebebasan keatas Wilayah Magindanao dengan mengiktirafnya sebagai entiti Autonomi Muslim Mindanao.

2.1.1 Perjanjian Damai MNLF-GRP

Beberapa perjanjian damai telah ditandatangani antara pihak Kerajaan Republik Filipina (GRP) dengan MNLF. Perjanjian Damai telah melangkau lima era pimpinan Presiden dan yang keenam dan terkini adalah dibawah pimpinan Presiden Benigno Aquino III. Sepanjang tempoh pimpinan lima Presiden, berlaku beberapa pertempuran diantara pihak Kerajaan Filipina dengan MNLF dan dianggarkan seramai 120,000 nyawa rakyat (samada pejuang Moro; penduduk Islam; tentera kerajaan; mahu pun rakyat bukan Islam) telah terbunuh.

Berikut adalah Perjanjian-Perjanjian Damai yang memberi impak kepada MNLF :-

  • Pada 1989, Perjanjian Damai MNLF-GRP Tripoli telah ditandatangani semasa era Presiden Marcos. Didalam perjanjian ini MNLF menuntut GRP mengiktiraf  Mindanao sebagai “Autonomous Region of  Muslim Mindanao”(ARMM). Suka diingatkan bahawa rangkakerja perjanjian damai ini adalah atas dayausaha Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Namun perjanjian ini gagal mencapai matlamat.
  • Pada 1992, Presiden Fidel Ramos telah membuka jalan semula dengan mengadakan Pendamaian Kebangsaan dan dituruti dengan Perjanjian Damai MNLF-GRP 1996. Rangkakerja Pendamaian MNLF-GRP 1996 telah diguna sebagai landasan untuk rundingan-rundingan seterusnya sehingga 2011.

Ekoran daripada kegagalan demi kegagalan selepas setiap Perjanjian Damai ditandatangani maka diputuskan perlunya satu badan sebagai mediator bagi memastikan kedua-dua pihak menghormati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Maka pada 2001, semua parti bersetuju bahawa mana lagi negara yang paling sesuai menjadi mediator dan pemantau kalau tidak Malaysia.

Pejuang-pejuang Moro kini mulai lihat cahaya terang dipenghujung terowong apabila Presiden Aquino III menunjukkan kesungguhan untuk melihat perjanjian damai dicapai.Presiden Aquino III atau lebih dikenali sebagai Ninoy telah membuka langkah dengan menjemput Al-Haj Murad Ebrahim, Ketua Moro Islamic Liberation Front (MILF) untuk berbincang.

Pada 5 Ogos 2011, mereka telah bertemu di Tokyo. Hasil daripada pertemuan ini dan diikuti dengan beberapa perbincangan lagi di Kuala Lumpur  telah berjaya membawa kepada upacara menandatangani satu rangkakerja kearah pendamaian antara Kerajaan Filipina (GPH) dan MILF.

Pada 15 Okt 2012 di Rizal Hall, Istana Malacanang  Manila, upacara menandatangani satu perjanjian damai telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak sebagai wakil Negara pemantau bersama Presiden Aquino III. Turut serta hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman dan beberapa Menteri dari Sabah dan Semenanjong.

2.1.2 Ke Arah Pembentukan Satu Entiti Autonomi Bangsamoro

Rangkakerja Perjanjian Damai kali ini adalah  kearah membentuk satu entiti Autonomi “Bangsamoro” seperti yang dipersetujui oleh Presiden Aquino III dan bukan lagi Wilayah Autonomi Muslim Mindanao. Jangkamasa untuk mencapai pembentukan ini adalah sehingga 2016.Dimana selepas itu pejuang-pejuang Moro harus meletakkan senjata mereka dan kembali kepada masyarakat Bangsamoro dan lalui hidup seperti rakyat biasa.Seterusnya wilayah-wilayah yang bersetuju untuk dimasukkan dibawah Autonomi Bangsamoro telah dikenalpasti.

3.0  Pengajaran daripada Sejarah  Filipina

Rakyat Malaysia harus pelajari apa yang telah dilalui oleh rakyat Filipina terutama penduduk Islamnya apabila dijajah kuasa imperialis Barat. Walaupun kedua-dua negara melalui zaman penjajahan oleh kuasa asing tetapi rakyat masing-masing melalui keadaan yang tidak serupa. Bagi rakyat Filipina negara mereka melalui perubahan yang mendadak ketika zaman penjajahan. Sukar dipercaya bahawa Kepulauan yang pada satu masa dahulu dibawah pemerintahan Islam telah bertukar status menjadi negara katolik terbesar di Asia.

3.1 Kejatuhan Pemerintahan Kerajaan Islam

Bagaimana ini boleh terjadi?

Secara kasarnya kita boleh anggap bahawa fakta-fakta utama yang menyumbang kepada kejatuhan pemerintahan Islam adalah:-

i) Keadaan Geofizikal Pulau-Pulau

Filipina merupakan arkipelago atau gugusan pulau-pulau yang berbeza saiz. Terdapat lebih 7,000 pulau kesemuanya. Keadaan ini menyumbang kepada kesukaran untuk mentadbir secara menyeluruh.

ii) Tiada Satu Sistem Pentadbiran Pusat

Oleh kerana keadaan sediakala geofizikal negara berpecah-pecah maka pentadbiran pun sulit sekiranya tiada satu sistem pentadbiran pusat.
Oleh kerana tiada satu sistem  pemerintahan berpusat yang kukuh maka penyebaran Islam melalui proses yang lama.

iii) Tentangan daripada penduduk asal

Memandangkan majoriti penduduk asal  adalah pelaut  maka cara hidup mereka selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyara hidup. Dengan cara hidup sebegini mereka menempuh berbagai cabaran dan halangan seperti diserang oleh musuh dan menempuh keadaan laut yang tidak menentu.  Maka tidak hairanlah kalau mereka bersifat menentang dan menolak kepada perubahan.
Oleh itu kita dapati pemerintahan bersultan hanya bermula pada akhir abad ke15 dan memerintah sampai pertengahan abad ke16 (1543) walaupun Islam telah mula menapak  seawal abad ke13. Jelas terdapat tentangan hebat daripada penduduk asal untuk memeluk ugama Islam dan sekali gus menerima pemerintahan bersultan.

iv) Tiada Kesepakatan

Mengikut cerita tradisi berlaku pertelingkahan antara Datu-Datu yang berlainan wilayah. Ini menyebabkan ada Datu-Datu yang menyebelahi ekspedisi Spain. Kematian Magellan adalah disebakan seorang Datu berkomplot dengan Magellan untuk membunuh Datu Lapu Lapu di Pulau Mactan. Namun rancangan itu gagal dan sebaliknya Magellan dibunuh.

v) Kematian Magellan

Kerajaan Spain tidak berputus asa untuk menaklok Arkipelago selepas  kematian Magellan. Beberapa ekspedisi dilancar sehingga berjaya menawan beberapa pulau pada 1543. Namun pihak Spain hanya dapat mendirikan kerajaan pada 1565 iaitu hampir suku abad.
Ini bermakna walaupun menggunakan peperangan, kerajaan Spain mengambil masa hampir suku abad untuk menawan keseluruhan Arkipelago. Bayangkan pula betapa sukarnya pemerintahan Islam hendak bertapak tanpa mengguna kekerasan dan paksaan.

Oleh itu  tidak hairanlah kalau pemerintahan Islam tersungkur dan Kerajaan Katolik Spain memerintah daripada 1565-1898.

4.0 Entiti Wilayah Bangsamoro

Sejak Presiden Aquino III mengambil alih pucuk pimpinan, perjuangan kaum Moro telah diberi nafas baru. Atas cadangan Presiden Aquino III, Wilayah Autonomi Islam Mindanao di tukar kepada Wilayah Autonomi Bangsamoro. Bangsamoro bukanlah nama bangsa tetapi nama Wilayah yang terlibat untuk diistiharkan sebagai Wilayah Autonomi.

Lazimnya pemerintahan secara kekerasan akan berjaya akhirnya.Kerajaan Republik (Katolik) Filipina tetap memerintah sebagai Kerajaan Pusat. Pejuang Moro masih  menunggu. Mereka menunggu pembentukan entiti wilayah Bangsamoro sehingga 2016 untuk menjadi kenyataan.

4.1 MILF -GPH  

Apabila MNLF telah menandatangani Perjanjian Damai pada 1987  dengan menyujuterima tawaran daripada Kerajaan Filipina keatas wilayah yang terbabit diistihar sebagai separuh-autonomi dan menubuhkan ARMM, MILF yang telah keluar daripada MNLF pada 1978, menolaknya  sama sekali. Ekoran daripada penolakan ini, MILF meneruskan tindakan menentang Kerajaan.
Oleh itu segala rundingan perdamaian antara Kerajaan Filipina (GPH) adalah dengan MILF dan tidak lagi dengan MNLF. MILF sekarang diketuai oleh Al-Haj Murad Ebrahim setelah ketuanya yang pertama Hashim Selamat meninggal pada 13 Julai 2003.

Namun pada hakikatnya orang Moro telah kehilangan kuasa asal dan tanah nenek moyang mereka.Mereka terpaksa berundur dan jadi orang pelarian. Akhirnya mereka mencari penempatan baru di Selatan Filipina, di pulau-pulau yang tiada pembangunan jika dibandingkan apa yang terdapat di Luzon. Bukan saja mereka lari setakat  ke pulau-pulau di Selatan Filipina bahkan mereka telah sampai hingga ke Sabah. Tujuan mereka hanya untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Walaupun pejuang Muslim yang dipanggil Moro ini mempunyai tujuan membebaskan penduduk Islam daripada diperintah oleh Kerajaan Katolik Filipina namun masih terdapat mereka yang tidak sepakat dan menubuhkan parti masing-masing. Maka daripada satu MNLF berpecah pula kepada MILF, Barisan Kiri Abu Sayaf, Jemaah Islamiah dan beberapa pergerakan lain.

Sekilas pandang seakan menyamai keadaan politik dinegara kita sekarang…bukankah?

4.2   Umat Islam Harus Berbalik Kepada Ajaran Allah swt.

Sejak azali lagi sejarah menceritakan bagaimana umat Islam ditindas dan dibunuh dalam negara sendiri. Perang saudara menjadi lumrah dalam negara Islam sendiri. Apatah lagi kalau penduduk Islam merupakan kumpulan minoriti. Tiada  pembangunan dikawasan-kawasan dimana penduduk Islam adalah majoriti. Tiada bekalan air bersih dan jalan-jalan raya yang bertar. Inilah hakikatnya jika umat Islam merupakan kumpulan minoriti mahu pun majoriti tapi tidak bersatu dan sentiasa berperang di negara sendiri.

Namun bagi  penduduk Islam di Filipina mereka bukanlah merupakan penduduk minoriti pada asalnya. Pemerintahan Islam telah sampai hingga ke Pulau Luzon. Tetapi dengan datangnya penjajah Katolik Spain semuanya bertukar wajah.Penduduk Islam diperangi dan ditolak jauh ke pulau-pulau di Selatan Filipina dimana tiada  sebarang pembangunan. Pejuang kebebasan Moro impikan kemerdekaan daripada pemerintahan kerajaan bukan Islam.Namun mimpi mereka amat sukar untuk menjadi kenyataan kerana mereka sendiri tidak bersatu untuk menentang kerajaan pemerintah.

Bangsamoro bukanlah satu-satunya Wilayah di Selatan Filipina dan di dunia yang melalui  pergolakan ini. Di negara Selatan Thai juga  terdapat  komuniti Islam yang diperangi oleh Kerajaan Thai. Mereka juga berkehendakkan kebebasan daripada pemerintahan kerajaan bukan Islam.

Akhir-akhir ini timbul pula kisah kaum Rohingya menjadi pelarian di negara sendiri. Masalahnya pihak kerajaan dan masyarakat Myanmar bukan Islam  umumnya tidak menerima mereka sebagai rakyat Myanmar. Negara jiran Bangladesh juga tidak menerima mereka sebagai rakyat Bangladesh.

Perang saudara di Syria masih berlaku. Ramai rakyat yang tidak berdosa terbunuh. Bahkan bukan saja di Syria tapi kebanyakan negara-negara di Timur  Tengah melalui pergolakan dan pemberontakan.

Mengapa jadi begitu?

Soalan-soalan dibawah harus dijawab oleh umat Islam sendiri :-

1. Mengapa dan bagaimana secara khususnya umat Islam ditindas dan negara Islam secara umumnya  mundur, lemah dalam
memerintah dan mentadbir negara sendiri?

2. Apakah umat Islam tidak memahami ugama mereka?

3. Adakah mereka tidak membaca Al-Quran dan mengambil iktibar daripada kisah kaum-kaum yang engkar?

Pemimpin atau pemerintah negara-negara Islam perlu mengambil iktibar  daripada pergolakan  yang berlaku dan menjalankan tanggongjawab mereka sebagai khalifah.

Bacalah kisah kaum Nabi Noh, Nabi Luth dan Nabi Shuaib (diantara banyak kisah-kisah dalam Al-Quran) yang  telah dibinasakan kerana tidak mematuhi ajaran Allah yang diajar melalui Nabi-Nabi mereka.

Umat Islam jika hendak berjaya haruslah bersatu dan berbalik kepada ajaran Allah. Nescaya perjuangan tidak akan kecundang ;  tidak akan ditindas  mahu pun  diperhambakan atau diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

INSYA ALLAH…

*Tarsila – pengajian sejarah dan asal usul keluarga.

NB:    Pada pendapat saya memanglah sesuai bagi Malaysia memegang peranan sebagai mediator dan pemantau  memandangkan ia mempunyai beberapa kepentingan jika perjanjian damai ini berhasil.

  • Pertamanya dapat menyelesaikan permasalahan  pelarian-pelarian Moro dan rakyat Filipina khususnya yang telah menimbulkan masalah pendatang asing kepada rakyat dan kerajaan Sabah. 
  • Keduanya dapat menamatkan tuntutan Kerajaan Filipina keatas Sabah.
  • Ketiga, membuka peluang kepada Malaysia melabur  bagi tujuan membangunkan wilayah-wilayah dibawah autonomi Bangsamoro.

Sejarah banyak memberi pengajaran. Kisah sejarah yang paling penting untuk kita ambil iktibar ialah mengenai peperangan yang tercetus akibat berlakunya revolusi pemikiran rakyat. Terdapat beberapa punca kenapa berlakunya revolusi didalam sesebuah negara.  Salah satu punca utama ialah bila rakyat merasakan  hidup mereka terlalu tertekan, dizalimi dan mengalami kesusahan serta dalam keadaan melarat. Ini menimbulkan perasaan memberontak dan mahukan perubahan. Pada lazimnya kalau pemerintah tidak berlaku adil, menindas, korup dan  bermaharaja lela atas perbuatan-perbuatan mereka maka akan lahirlah perasaan marah dikalangan rakyat. Tidak hairanlah  kalau pemerintah itu digulingkan.

Selain daripada rasa ditindas, rakyat  yang sudah matang pemikirannya berkehendakan sesuatu  yang baru. Mereka mahukan perubahan atas sebab perubahan.Tapi tak semua perubahan itu membawa kebaikan.Walau apa pun hasrat untuk perubahan akan dilahirkan melalui tunjuk perasaan atau melalui revolusi.Tidak semua revolusi pula menguna senjata api tapi jika tidak dibendung daripada awal akhirnya akan mencetuskan kekacauan, bunuh membunuh dan akhirnya berperang. Sama juga keadaannya jika negara yang ditakloki  dan diperintah oleh kuasa asing. Rakyat negara yang dijajah lama kelamaan akan inginkan kemerdekaan. Cuma kelainannya adalah cara mereka memperolehi kemerdekaan.

1.0 Perjuangan Kemerdekaan  Malaya

Sebagai seorang rakyat Malaysia kita patut rasa bangga kerana Malaya ketika itu memperolehi kemerdekaannya secara aman.Kejayaan ini harus kita berterima kasih kepada pemimpin ketika itu, iaitu YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Namun bukan YAM Tunku seorang yang berperanan menjayakan cita-cita rakyat ini tetapi terdapat beberapa tokoh lain diantaranya seperti Dato’ Abdul Razak Hussien, Dr Ismail Abdul Rahman, V. T. Sambanthan, Ong Yoke Lin dan Col.H.S.Lee. Muktamatnya pada 8 Februari 1956, YAM Tunku dan Col.H.S.Lee menanda tangani Perjanjian Pengistiharaan Kemerdekaan di London dengan dihadiri  oleh pemimpin-pemimpin komponen Parti Perikatan dan wakil Raja-Raja Melayu.

Sebelum Perjanjian Pengistiharaan Kemerdekaan dimeterai di London, YAM Tunku bersama pemimpin Parti MCA dan MIC  menghadapi beberapa cabaran untuk menyakinkan pihak British bahawa Malaya telah layak untuk menuntut kemerdekaan. Diantara cabaran-cabaran tersebut, yang paling utama adalah untuk mengadakan pilihan raya umum Persekutuan buat pertama kalinya. Kedua membentangkan cadangan-cadangan kepada pihak British bagi langkah persiapan menuju kemerdekaan dan akhir sekali penyediaan dana bagi tujuan satu dan dua diatas.

Keputusan pilihan raya umum Persekutuan yang pertama merupakan penentuan bagi Malaya mencapai kemerdekaan.Pada hakikatnya memang menjadi hasrat pihak British agar perkongsian kuasa antara tiga kaum utama di Malaya dapat diujudkan. Diatas kesedaran ini YAM Tunku pun menubuhkan Perikatan dimana ianya terdiri daripada gabungan antara UMNO-MCA-MIC. Selanjutnya  jika Parti Perikatan  memperolehi kemenangan yang besar maka ini dapat membuktikan kepada pihak British bahawa rakyat pada amnya  dapat menerima konsep pergabungan tiga pertubuhan kaum.Penerimaan rakyat  ini secara langsong  akan menyedapkan hati pihak British bahawa kaum minoriti di Malaya tidak akan dipinggirkan. Seterusnya dengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya  kelak  dapat  menyakinkan pihak berkuasa British diatas kepimpinan YAM Tunku disamping mempermudahkan urusan menuntut kemerdekaan.

Seperti yang ditakdirkan, nasib menyebelahi Parti Perikatan. Parti memenangi 51 daripada 52  kerusi yang bertanding  pada 27 Julai 1955. Keputusan ini memberi perangsang kepada pejuang-pejuang untuk meneruskan hasrat menuntut kemerdekaan.

Cabaran seterusnya adalah untuk memulakan perundingan dengan pihak berkuasa British. Beberapa rundingan telah diadakan dan akhirnya satu rombongan pemimpin Parti Perikatan dan wakil Raja-Raja Melayu telah berangkat  ke London pada Januari – Februari 1956 untuk memeterai Perjanjian Pengistiharaan Kemerdekaan.

Seperti  yang telah dinyatakan, dana diperlukan bagi persiapan pilihan raya umum dan rundingan-rundingan dengan pihak British. Ini merupakan satu lagi cabaran bagi YAM Tunku dan pemimpin parti komponen Perikatan. Oleh itu YAM Tunku terpaksa berkorban dengan menjual beberapa harta beliau bagi menampong perbelanjaan PRU dan rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
Kisah kesempitan wang ini telah sampai kepengetahuan rakyat. Berikutan itu ramailah wanita Melayu memberi sumbangan dalam bentuk wang dan barang kemas kepada YAM Tunku. Tidak ketinggalan juga sumbangan daripada Permaisuri Agong Pertama (YAM Tuanku Puan Khursiah) yang menghadiahkan gelang tangan Baginda. Seperti yang dibukukan oleh YAM Tunku  dalam ” Political Awakening” – pada satu mesyuarat UMNO/MCA di Bangunan UMNO Melaka- sebelum berangkat ke London, YAM Tuanku Puan Khursiah telah mencampakkan gelangnya kepada YAM Tunku dari balkoni bangunan tersebut.Sumbangan-sumbangan ini turut memberi  perangsang kepada YAM Tunku dan wakil-wakil rombongan Kemerdekaan ke London untuk meneruskan perjuangan mereka disamping menjadi satu kenangan indah yang tidak boleh dilupakan.

Berkaitan cabaran kedua, YAM Tunku menyediakan lima cadangan sebagai persediaan menuntut kemerdekaan. Diantaranya ialah untuk menentukan kerakyatan dan polisi pelajaran negara. Dua perkara yang amat berat ini perlu dilakukan oleh YAM Tunku dan pemimpin parti komponen Perikatan sekiranya hendak mencapai kemerdekaan. Tiga cadangan lain adalah; memberi keampunan kepada penyokong komunis; mengadakan Majlis Perundangan (Legislative  Assembly) dengan ahli-ahli yang dilantik; menyediakan Perlembagaan Malaya Merdeka.

1.1  Perjuangan  Malaya Merdeka

 Seiring dengan pencapaian kemerdekaan, Perlembagaan Malaya Merdeka dibentuk  dan diantara peruntukan yang diutamakan adalah:-

  • Kerajaan Malaya terdiri daripada Perlembagaan Raja Berparlimen.
  • Orang Melayu didefinasikan sebagai mereka yang berugama Islam, mengamalkan cara hidup Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
  • Ugama Islam menjadi ugama resmi negara dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
  • Sistem Pelajaran Negara diantaranya menetapkan bahawa sekolah aliran bahasa ibunda hanya dibenarkan pada tahap sekolah rendah sahaja.
  • Kaum Melayu diberi hak istimewa.

2.0 Nusantara Indonesia Merdeka

Ketika Malaya baru menuju kemerdekaan, jirannya Indonesia telah capai kemerdekaan lebih sedekad lamanya. Namun jalan yang dilalui amatlah panjang. Walaupun Indonesia dibawah pimpinan Soekarno dan Mohd. Hatta telah mengistiharkan negara mereka merdeka pada 17 Ogos 1945, namun pergelutan kuasa masih berlaku dengan pihak berkuasa Belanda. Setelah empat tahun berlalu, ekoran daripada desakan kuasa antarabangsa, Belanda akhirnya memindahkan kuasa pemerintahannya kepada Republik Bersatu Negara Indonesia pada Disember 1949. Walau bagaimanapun pada 2005, kerajaan Belanda bersetuju mengiktiraf bahawa 17 Ogos 1945 sebagai tarikh Indonesia merdeka.

Kemerdekaan Indonesia  daripada kuasa penjajah Barat adalah melalui kekerasan dan perlawanan bersenjata sejak abad enam belas lagi. Bermula dengan penjajahan Portugis, kemudian Belanda-Inggeris, Belanda, Perancis, Jepun, dan ketangan Belanda kembali sehingga merdeka pada 1945.

Perjuangan kemerdekaan Indonesia melibatkan dua wilayah iaitu dalam Pulau Jawa dan luar Pulau Jawa.

2.1   Dalam Pulau Jawa

Pada 1522  kuasa imperialis Barat, iaitu kerajaan Katolik Portugis, berjaya mendirikan benteng di Sunda Kelapa (Jakarta sekarang). Namun Portugis tidak dapat bertahan lama, hanya sampai 1527. Sunda Kalapa telah ditawan kembali oleh Sharif Hidajatullah atau Sunan Gunung Jati bersama menantunya Fatahillah (@Faletehan). Nama Sunda Kalapa ditukar kepada Fathan Mubina.Kemudiannya disebut Jayakarta dan akhir sekali bertukar kepada Jakarta, bermaksud kemenangan lengkap (kemenangan paripurna).
[Pada masa yang sama pihak Portugis juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan Kesultanan Ternate, salah satu Kesultanan di Kepulauan Maluku (Moluccas) – ini adalah diluar Pulau Jawa]

Seawal 1602, Belanda telah menempatkan pusat perdagangan mereka di Banten, Jawa Barat. Syarikat perdagangannya dipanggil Dutch East India Company (VOC).
Pada 1619, pihak Belanda telah menduduki Jayakarta  dan seterusnya menukar nama kepada Batavia.

Pulau Jawa kemudiannya bertukar tangan daripada satu penjajah kepada yang lain sambil ditentang dengan perlawanan bersenjata oleh rakyat tempatan. Beberapa pemberontakan dan peperangan telah berlaku didalam Pulau Jawa antaranya; Pemberontakan Sultan Hamengku Buano II (menentang Inggeris).Pemberontakan gagal kerana perbuatan khianat P.Natakusuma. Lt. Governor General Stamford Raffles ketika itu dapat mematahkan serangan dan Sultan Hamengku Buano II dibuang negara ke Penang. Anak kepada Sultan Hamengku Buano II diganti menjadi Sultan dan P. Natakusuma  dilantik  sebagai Adipati * Paku Alaman.

Masuk abad ke19, Kerajaan Perancis pula berkuasa di Pulau Jawa  pada 1808-1811, apabila Napoleon Bonarparte menawan Netherland  dan meletakkan adiknya sebagai Raja Netherland pada 1806. Semasa Kerajaan Perancis berkuasa pusat pemerintahannya dipindahkan ke Paris Van Java (Bandung kini) .

Pada  1811-1816, Pulau Jawa dikuasai sementara oleh Lt.Governor General Stamford Raffles. Semasa Raffles memegang kuasa di Batavia, berlakunya penggantian  kuasa diatas wilayah jajahan Belanda dan British melalui Perjanjian London 1824. Dutch East India Company (VOC) mengambil alih kuasa sepenuhnya di Indonesia manakala East India Company (EIC) mendapat wilayah Melaka, Singapura, Sri Langka dan Tanjong Pengharapan(Cape of Good Hope) sebagai ganti.
Begitulah kancah penjajahan yang berlaku  di Nusantara Indonesia khususnya.

2.2 Luar Pulau Jawa

Memandangkan Nusantara Indonesia merangkumi banyak pulau diantaranya Pulau Sumatera- pulau kedua terbesar, dan diikuti dengan Pulau Jawa, kedua-duanya mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Makanya kedua-dua pulau ini banyak mengukir sejarahnya masing-masing.

Aceh adalah bandar utama disebelah utara Sumatera. Bandar ini juga dikatakan tempat persinggahan pedagang Islam dari Semenanjong Arab. Maka tidak hairanlah Aceh menjadi pusat tersibarnya ugama Islam hingga ke Pulau Jawa dan kepulauan-kepulauan yang lain termasuk Semenanjong Tanah Melayu. Dari kedudukan geografinya, kapal-kapal daripada Barat, Timur  Tengah dan Asia yang melalui Lautan India akan melalui pelabuhan Aceh. Ini termasuklah kapal dagang dari Portugal, England, Netherland, Perancis, India, dan Timur Tengah.

Selepas  penjajah Portugis  menakloki  Melaka , mereka mula memandang ke Pulauan Maluku. Seperti yang tercatit diatas, Kerajaan Portugis telah mengadakan hubungan politik dengan Kesultanan Ternate  pada 1522 selama lebih 50 tahun. Namun pada  tahun 1575, Sultan Baab Ullah telah mengusir  Portugis  keluar daripada Ternate atas sebab mereka bersikap menindas.

Kemudian diikuti pula dengan kehadiran kapal dagang British yang sampai ke Aceh dan terus membina pusat dagang mereka di Batam pada 1602. Syarikat kepunyaan British, East India Company  terus  memasuki ke kepulauan Maluku , Banda , Sulawesi (Makasar) dan Borneo (Kalimantan).Di Pulau Sumatera pihak British terus berdagang di Jambi  dan Periaman.
Pertindihan pengaruh antara  syarikat British EIC  dengan syarikat Belanda, VOC  juga berlaku di luar Pulau Jawa. Permasalahan ini diatasi dengan perjanjian yang sama iaitu Perjanjian London 1824  untuk wilayah-wilayah jajahan diluar Pulau Jawa.Begitulah angkuhnya kuasa imperialis Barat membahagi-bahagikan wilayah jajahan mereka seumpama membahagi makanan.

Walaupun rakyat  tempatan bersemangat waja dan gigih untuk melawan, namun kuasa penjajah Barat tidak dapat dikalahkan. Peperangan yang terkecundang diluar Pulau Jawa melawan kuasa penjajah diantaranya meliputi;

Perang Lampung: 1832-1833, 1856  (Kesultanan Banten-Belanda)

Perang Banjarmasin:  1859-1863 ( Kesultanan Banjarmasin-Belanda)

Perang Batak : 1872-1907 ( Pemimpin Islam Si Singamangaraja XII dan Putrinya -Belanda)

Perang Aceh :  1873-1914  (Kesultanan Aceh – Belanda)

2.3 Perjuangan Indonesia Merdeka

  • Perjuangan yang dilalui  penuh dengan perit getir, memakan masa yang amat panjang, mengalami pertumpahan darah sehingga Sultan dihukum buang negara.
  • Walaupun matlamat perjuangan rakyat Indonesia adalah untuk menegakkan ajaran Islam namun atas penolakan dan tekanan kuasa pihak penjajah iaitu Kerajaan Protestan Belanda, Islam tidak dapat diiktiraf sebagai ugama resmi negara tetapi hanya boleh bebas berugama.
  • Ekoran penindasan daripada kuasa penjajah, kuasa Kesultanan pun diancam, akibatnya terdapat diantara Sultan-Sultan di Pulau Jawa mahu pun di luar Pulau Jawa lari ke Semenanjong Tanah Melayu untuk menyelamatkan diri.
  • Tiada keistimewaan untuk anak bangsa  walaupun kepada penganut Islam dan tiada sebarang rupa bantuan daripada  kerajaan.
  • Hasil daripada perjuangan hidup yang penuh ranjau dan duri, melahirkan anak bangsa yang berperibadi gigih,tidak mengenal putus asa dan paling penting tetap teguh dengan jatidiri.

3.0  Pelajaran Daripada Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

  • Akan berlaku pergolakan dalam pemerintahan sesebuah negara bila pemimpin dan rakyatnya sudah lupa diri dan lupa akan sejarah.
  • Jangan meniru budaya atau terpengaruh dengan dakyah kolonial kerana merekalah yang bertanggongjawab memecahbelahkan rakyat (divide and rule policy).
  • Bertanggapan segala yang berasal daripada Barat atau negara asing itu membawa kebaikan kepada jatidiri anak bangsa.
  • Waspada kepada muslihat kuasa asing yang suka melaga-lagakan anak bangsa kerana mereka mempunyai kepentingan samada diatas hasil kekayaan sesebuah negara itu atau sengaja nak mendominasi secara politik.
  • Pemimpin Islam bila terlupa maka timbullah sikap riak, angkuh dan menganggap diri kebal justeru membawa kepada kehancuran iman.
  • Bila sejarah dilupakan, kesilapan yang sama diulangi dan ini menjurus kepada kemusnahan ugama, umah, dan negara.
  • Sejarah mengajar supaya rakyat sesebuah negara jangan berhenti berusaha, jangan mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan disamping tidak menggadaikan ugama, jatidiri dan kedaulatan negara.
  • Perjuangan yang berlandaskan kebenaran dan mengikut hukum Tuhan akhirnya akan berjaya dan terselamat daripada kehancuran.
  • Pengkhianatan akan berlaku dimana-mana maka harus berwaspada.

NB: * Adipati – Gelaran Raja atau Ketua Daerah. Gelaran dipakai di Pulau Jawa dan khusus untuk Paku Alaman dan Mangkunegara

Fakta dirujuk daripada: 1. Buku API Sejarah – Ahmad Mansur Suryanegara
2. Political Awakening – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Segala apa yang berlaku keatas diri manusia, keadaan disekelilingnya  dan juga kepada alam semesta ada kaitan dengan hukum-hukum Allah. Munkin pembaca lebih arif tentang hukum-hukum yang dituntut Allah seperti yang diFirmankan didalam Al-Quran. Walau apa pun penulis tidak berhasrat untuk menghurai apa yang tercatit didalam Al-Quran kerana ilmu penulis tidak sampai ketahap itu.Tetapi apa yang hendak diperkatakan disini adalah perkara-perkara yang dilakukan manusia setiap hari yang dipandang enteng tetapi ia tetap hukum Allah.Ini bermaksud walaupun perbuatan itu merupakan perkara kecil seperti memberus gigi tetapi jika manusia tidak mematuhinya akan memberi mudarat kepada diri mereka.Kemudaratan-kemudaratan tetap akan dialami oleh segenap lapisan manusia tidak kira apa ugama yang dianuti kerana hukum Allah merangkumi segala makhlokNya didunia baik pun dilangit.

Oleh kerana manusia amnya dan yang berugama Islam khususnya buta Al-Quran maka mereka tidak prihatin akan punca dan sebab-musabab kepada segala yang telah dan akan berlaku. Al-Quran umpama buku rujukan untuk semua manusia sekiranya mereka membaca dan memahami isinya.Isi Al-Quran adalah hukum-hakam Allah.Kepada sesiapa yang mempercayai dan mematuhinya akan selamat didunia dan diakhirat.Malang sekali hanya segelintir manusia yang boleh membaca sekali gus memahaminya.Walaupun manusia adalah ciptaan Allah,tetapi manusia bersifat suka membantah dan tidak bersyukur atau berterima kasih. Apabila manusia membantah iaini tidak menurut hukum Allah akibatnya adalah apa yang kita lihat sekarang.

Manusia bersifat membantah oleh itu mereka tidak mahu menurut ajaran orang tua dan yang lebih berlimu atau pun anak-anak yang suka membantah kata-kata ibu bapa.Peraturan hidup telah ditetapkan keatas manusia sejak kecil.Bermula pada zaman kanak-kanak kita diajar supaya memberus gigi sebelum tidur malam dan selepas bangun pagi.Ada juga baik jika kita terus berus gigi selepas makan.Tapi ini munkin sukar. Apabila manusia sudah capai peringkat dewasa, mempunyai perkerjaan dan berkemampuan, dinasihatkan agar  membuat rawatan gigi setiap 6 bulan. Begitu juga manusia dinasihatkan agar menjaga kesihatan badan secara menyeluruh. Adalah disyorkan pemeriksaan kesihatan badan dibuat sekali setahun. Sama juga jika manusia memiliki kenderaan. Kenderaan juga mempunyai jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh pembuat. Pengguna harus membawa kenderaan kebengkel mengikut  jadual.

Apa akan terjadi sekiranya tuan punya gigi atau badan atau pun kenderaan berkenaan tidak mematuhi peraturan ini? Tentu sekali gigi akan mengalami masalah seperti berlubang dan sakit. Kenderaan pula akan rosak ditengah perjalanan. Jika kesihatan badan tidak dijaga maka manusia akan jatuh sakit dan perlu terima rawatan dihospital.Hal ini semua menggangu kehidupan seharian.

Walau pun peraturan-peraturan seperti menggosok gigi, menjaga kesihatan badan dan memelihara kenderaan, adalah peraturan daripada manusia sendiri, tapi hal ini telah didorongkan(diilhamkan) oleh Allah swt kepada umat-umatNya terdahulu. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi maka dengan kuasa Allah segala keburukan akan berlaku. Umpamanya bila manusia capai zaman dewasa, jika gigi rosak dan terpaksa dicabut maka ianya tidak akan tumbuh lagi melainkan pakai gigi palsu.Kereta yang mengalami kerosakan teruk akan melibatkan kos pembaikan yang tinggi.Bila kesihatan diabaikan, penyakit-penyakit kronik akan menyerang dan akhirnya akan menyebabkan  organ dalaman rosak.Kos perubatan pun tinggi.

Perkara-perkara ini berlaku  kerana manusia tidak hiraukan pemberian Allah dan ibarat tidak berterima kasih kepadaNya. Justeru Allah akan mengambil  balik segala pemberianNya semata-mata kerana manusia tidak pandai menjaga dengan baik. Namun begitu jika ditakdirkan kita menemui ajal atas sebab sesuatu penyakit maka itu adalah ketentuan Allah yang tidak dapat dielakkan.Cuma munkin penyakit itu tidaklah seberat dan menyiksakan berbanding jika manusia abaikan kesihatan mereka sepenuhnya.

Contoh-contoh diatas adalah perkara yang berlaku ketas diri manusia kerana mereka bersifat cuai dan tidak ambil pusing. Samalah juga ceritanya dengan pemerintah sebuah negara. Jika seorang pemerintah itu tidak pandai memimpin maka rakyat tidak akan memberi sokongan. Jika rakyat tidak mahu sokong maka pemerintahannya akan jatuh. Jika pembaca celik sejarah kita akan faham bagaimana Empayar Rom yang begitu hebat boleh jatuh. Antara sebab-sebab utama adalah terdapat unsur-unsur korup, hasad dengki dan khianat. Apabila pemimpin meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan ugama, rakyat dan negara maka ini berlawanan dengan hukum Allah.Pemimpin yang tidak mematuhi hukum Allah maka balasannya adalah Allah akan memindahkan kuasa itu kepada pihak yang lain. Begitulah hakikatnya jika manusia tidak mematuhi hukum Allah.

Selain daripada memudaratkan diri manusia sendiri, tindak tanduk mereka juga akan mengakibatkan keadaan disekeliling jadi binasa jika manusia tidak mematuhi hukum Allah.Pada 1992 satu persidangan mengenai pencemaran alam  yang membimbangkan telah diadakan di Rio de Janeiro. Pada 20-22 Jun 2012, akan diadakan persidangan turutan dinegara yang sama.Wakil daripada negara-negara didunia akan membincang kemajuan yang telah tercapai selepas 20 tahun perjumpaan pertama. Jika manusia masih membantah antara sesama mereka maka objektif untuk memperbaiki keadaan cuaca didunia ini amatlah tipis sekali.

Sayugia diharapkan manusia faham dan insaf  diatas Firman Allah ini (Surah Al-Baqarah :30). Justeru itu wakil negara-negara yang hadir seharusnya bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan persidangan Rio+20 satu kejayaan tanpa memberi sebarang alasan.Disebaliknya jika manusia tetap berdegil dan angkuh maka tunggu sajalah balasan daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui.

I.  Manusia Sebagai Khalifah

Firman dibawah ini dipetik daripada surah Al-Baqarah ayat 30.

Allah swt berfirman kepada para malaikat (diberitahu kepada Rasullullah saw) bahawasanya …”Aku hendak menjadikan seorang khalifah (manusia) dimuka bumi…”

Maka para malaikat  menjawab..” Adakah Enkau (Ya Allah) hendak menjadikan manusia itu yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu?”
Allah swt berfirman….”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Ayat yang akhir daripada Allah swt diatas  menjelaskan bahawa segala kejadian yang berlaku dimuka bumiNya adalah dalam pengetahuan  dan izin Allah. Justeru itu saya hendak menekankan bahawa segala peristiwa berlaku diantara khalifah-khalifahNya dimuka bumi adalah  berpunca daripada mereka sendiri dengan pengetahuan dan izin Allah. Begitu juga dengan  segala kejadian alam adalah dengan pengetahuan dan izinNya.

Khalifah adalah manusia yang hidup dimuka bumi tidak kira apa ugama yang dianuti.Oleh itu sebagai seorang manusia ianya adalah hamba Tuhan. Sebagai hamba Tuhan jika ianya mengikut hukum Tuhan maka akan menerima balasan yang setimpal.Contohnya seorang manusia itu jika berusaha tanpa mengenal kekecewaan maka Tuhan akan memberi balasan yang setimpal dengan usahanya. Ini adalah hukum Tuhan. Disebaliknya sebagai umat Nabi Muhammad saw sekali pun jika kita tidak mengikut hukum Allah maka tidak akan menerima rahmat yang sewajarnya.

Persoalan seterusnya …Adakah apa yang terjadi didunia sebelum ini, sekarang dan seterusnya  adalah atas pengetahuan dan izin Allah?
Itu sudah pasti…tetapi hanya berpunca kepada perbuatan manusia sendiri. Sepertimana yang ternyata dalam firman Allah diatas, para malaikat  sudah pun mengetahui bahawa manusia akan merosakkan bumi dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Namun Allah Yang Maha Mengetahui meredhakan kejadian manusia kerana mahu menguji siapa diantara mereka yang baik amalannya.

Jika diperhatikan segala pergolakan yang berlaku dinegara kita khususnya mahu pun didunia amnya amatlah merunsingkan.Pergolakan demi pergolakan berlaku semata-mata manusia tidak lagi menunaikan tugas mereka sebagai khalifah.
Berikut bukan sifat-sifat seorang khalifah yang dituntut Allah:-
i     tidak amanah
ii    tamak haloba
iii   irihati dan dengki
iv   kecewa dan putus asa

Diatas adalah diantara sifat-sifat utama manusia yang berunsur negatif yang boleh membawa kepada kerosakan dimuka bumi dan bunuh membunuh.

Apabila seseorang itu tidak amanah iaitu tidak jujur dan ikhlas maka timbullah perasaan seperti tamak, irihati dan dengki. Tamak meliputi tamak kebendaan dunia, kuasa dan perasaan. Tamak perasaan umpamanya mahukan perhatian dan kasih sayang tertumpu kepada dirinya seorang. Ini juga boleh membawa kepada kesan negatif seperti bunuh membunuh.

Perasaan irihati diantara manusia juga memberi kesan positif dan negatif. Sebagai kesan positif kita akan cuba perbaiki diri kita dan menandingi kejayaan orang lain. Kesan negatif pula perasaan irihati menebal sehingga timbul perasaan cemburu dan dengki. Perasaan dengki akan membawa padah pada diri sendiri dan kepada orang yang jadi sasaran.

Seterusnya perasaan kecewa dan terus berputus asa biasanya banyak memberi kesan negatif daripada positif. Kesan negatifnya adalah sehingga boleh bunuh diri dan boleh juga membunuh.

Segala pergolakan yang sedang berlaku sekarang, secara halusnya adalah permainan syaitan.Harus diingat iblis telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga dihari pengiraan. Justeru kita boleh buat satu kesimpulan besar bahawa segala pergolakan yang berlaku adalah pada hakikatnya berkisar kepada dua pihak.Iaitu pihak Islam dan musuh Islam. Berkisar atas hakikat ini makanya masyarakat dunia tergulong kepada tiga iaitu: yang beriman, kafir dan munafik.

Diantara ketiga-tiga golongan tersebut yang paling sukar di kenali adalah golongan munafik.Golongan munafik merupakan mereka yang sangat samar tingkah lakunya. Mereka kelihatan kuat memegang kepada ajaran Islam tetapi dalam hati berlawanan.Oleh itu umat Islam harus berwaspada kepada mereka ini kerana realitinya kita harus berdepan dengan manusia atau khalifah yang berwatak tiga, iaitu beriman, kafir dan munafik. Diantara yang tiga ini golongan yang beriman amatlah sedikit.Walaupun golongan masyarakat dibahagi tiga namun pada hakikatnya tetap menjadi dua pihak iaitu Islam dan musuh Islam. Pihak lawan yang juga musuh Islam adalah tergulung  daripada sesiapa saja yang mahukan kemusnahan Islam dan pengikut-pengikutnya yang beriman.

Maka persoalan timbul bagaimanakah bilangan orang (khalifah) beriman yang amat sedikit ini dapat menentang pihak lawan? Cara yang diajar oleh Rasullullah saw ialah dengan KESABARAN dan USAHA. Disamping itu, bantuan saudara seiman diseluruh komuniti Islam dan dengan kemampuan ILMU adalah penting. Oleh kerana Islam adalah untuk seluruh manusia (khalifah) dimuka bumi dan disepanjang zaman maka untuk melawan musuh kita harus MEMATUHI HUKUM-HUKUMNYA (ISLAM).

Selain Islam adalah untuk semua, Islam juga mengajar orang-orang yang beriman jangan memerangi pihak lawan melainkan diperangi.Dalam aspek Islam diperangi bukan setakat secara fizikal dengan senjata dan segala peralatan perang tetapi termasuk  juga diperangi melalui minda.Pihak lawan sememangnya hendak menyesatkan umat Islam. Cara halus ialah menerap minda dengan budaya yang merosakkan akidah umat Islam.

 II.   Cara Pihak Lawan  Menentang Islam  

 A.   Memutarbelitkan Fakta Sejarah

Jika kita kaji sejarah daripada alaf terdahulu, amat jelas pihak lawan terutama sejarawan-sejarawan Barat memberi gambaran bahawa perkembangan Islam lebih kepada penindasan dan peperangan.

Menurut buku API SEJARAH oleh  Ahmad Mansur Suryanegara beliau menulis bahawa :-

1. Sejarawan Barat (kalangan Orientalis) membuat tiori bahawa Islam dikembangkan dengan pedang,kekerasan dan penindasan.

2. Sejarah Indonesia dituliskan bahawa semasa Kesultanan Demak  terjadi saling bunuh membunuh atau perebutan kuasa.

3. Kerajaan Hindu Majapahit diserang dan dijatuhkan oleh Kesultanan Demak (Sunan Fatah) walhal pada hakikatnya Kerajaan Hindu Majapahit dijatuhkan oleh Raja Girindrawardhana daripada Kerajaan Hindu Kediri pada 1478M.(Serangan ini adalah sebagai balasan kepada Kerajaan Majapahit yang  telah menyerang Kerajaan Hindu Kediri lebih kurang 200 tahun sebelumnya).

4.  Sejarawan Barat telah menulis dengan memberi gambaran yang negatif  terhadap  pemerintahan keturunan Genghiz Khan dan Kublai Khan yang memeluk Islam dan mengistiharkan Islam sebagai ugama resmi keatas wilayah pemerintahan  mereka (spt.Persia,India dan Cina pada abad ke12 hingga ke 14, masing-masing).

5.  Para sejarawan Barat memberi gambaran buruk bahawa perkembangan Islam  di India telah mengakibatkan pembunuhan pendeta Hindu dan Budhha. Mereka menambah dengan menyatakan kuasa yang menentang pembakaran  balu adalah penjajah British dan bukannya Islam.

Banyak lagi peristiwa sejarah dunia yang telah diberi gambaran yang salah oleh sejarawan-sejarawan Barat mengikut  Ahmad Mansur Suryanegara. Beliau seterusnya mengesyorkan agar pakar-pakar sejarah membuat semula kajian terperinci diatas dakwaan-dakwaan mereka terhadap Islam.

B.   Melemahkan Pengikut Islam

Pihak lawan seterusnya gunakan cara memisahkan wilayah-wilayah negara yang dikhuatiri akan memberi tentangan keatas pengaruh Barat.
Contohnya:-

1.   Apabila British memberi kemerdekaan kepada India, negara itu telah dipisahkan kepada India dan Pakistan (Timur&Barat). Jika diteliti wilayah India yang dipisahkan ini adalah untuk mengasingkan orang Islam dan bukan Islam dan sekali gus mengurangkan bilangan umat Islam di India.Dengan pepecahan ini umat Islam menjadi lemah.

2.  Pihak British melaksanakan sistem pisah dan tadbir (divide and rule) apabila memerintah Semenanjong Tanah Melayu. Makanya orang Melayu (Islam) hanya makan gaji dan ramai yang mundur sedangkan pendatang pegang ekonomi negara.

3.  Kuasa-kuasa besar Barat  yang  pantas campur tangan telah melibatkan negara mereka dengan peperangan untuk membantu negara yang mereka mempunyai kepentingan.
Contoh :- Apabila Iraq menyerang Kuwait, akibat daripada campor tangan mereka telah mencetuskan Peperangan Teluk (Ogos1990-Feb1991). Seterusnya bagi melemahkan lagi kekuatan Iraq,PBB telah mengenakan sekatan ekonomi dan kemanusiaan keatas Iraq.

4.  Perang Bosnia-Herzegovina (1992-95) . Peperangan ini adalah berlandaskan pembunuhan rakyat Islam  Bosnia.Perang berlanjutan tanpa campur tangan kuasa besar kerana mereka tidak mempunyai kepentingan sehinggalah NATO memberhentikannya pada 1995. Peperangan selama 4 tahun mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Islam dan negara mereka jadi mundur.

5. Iran telah dituduh menjana senjata nukliar dan dikenakan sekatan seperti juga yang dialami Iraq terdahulu. Negara-negara  yang menentang  penggunaan  kuasa nukliar sebagai senjata  turut berhenti berdagang  dengan Iran. Ini termasuklah Malaysia.

6.  Akhir ini  kuasa Barat adalah pencetus kepada pergolakan dinegara-negara Timur Tengah yang dipanggil “Arab Spring”. Akibatnya keadaan menjadi kucar kacir, pembunuhan rakyat beramai-ramai termasuk anak-anak yang tidak berdosa dan menjejas pembangunan negara.

 C.  Memperkecilkan Pengaruh Perkembangan Islam

Menurut buku Ahmad  Mansur Suryanegara lagi selain memperkecilkan atau menidakkan segala kemajuan dan budaya positif yang dibawa oleh Islam, pihak Imperialis  Barat  sebaliknya cuba meniru.
Sebagai contoh:-
1.  Pihak Imperialis Barat  menubuhkan Magna Carta pada abad ke13M sejajar dengan Piagam Madina yang ditubuhkan oleh Rasullullah saw pada abad ke7M(622M).

2.  Memakan makanan yang dimasak adalah ajaran Islam.

3.  Mandi dikolam renang adalah budaya yang diperkenalkan semasa pemerintahan Khalifah Umayah di Sepanyol.

4. Pelayaran Armada Laksamana Zheng He (Cheng Ho)seorang Muslim dari Cina dikaburi dengan kisah pelayaran Christopher Columbus dan Vasco de Gama yang tidak setanding mana.

D.  Pengaruh  Budaya Imperialis Barat

Mengguna cara kekerasan  iaitu cara peperangan adalah langkah yang terakhir bagi Imperialis Barat. Sebelum itu mereka akan cuba menerap budaya negatif kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Budaya negatif yang cuba diterapkan kepada masyarakat  keseluruhannya adalah:

1.  Kebebasan dalam pergaulan seks, ucapan dan pilihan

2.  Mengguna media massa alternatif untuk meracun fikiran rakyat

3.  Propaganda melalui karya penulisan

4.  Budaya rusuhan jalanan

5.  Budaya duduk bantah

6.  Menabur fitnah

7.  Tidak hormat kepada undang-undang dan Raja

8.  Mencemuh pemimpin negara atau Ulul Amri

Budaya-budaya diatas digunakan secara halus  untuk mempengaruhi sesiapa saja untuk melemahkan jati diri sesuatu bangsa itu. Makanya jika masyarakat dunia tiada pegangan hidup iaini tiada berugama dan bebas untuk membuat segalanya maka amatlah mudah dipengaruhi. Hanya orang-orang Islam yang beriman yang mampu melawannya.Memandangkan negara-negara Islam pada keseluruhannya bukanlah terdiri daripada kuasa-kuasa besar dunia maka cara yang paling sesuai ialah mendekatkan diri dan mengamal ajaran Allah swt.

III.  Tanggongjawab Sebagai Khalifah

Sebagai  manusia yang dicipta oleh Maha Pencipta kita diberi tugas untuk menjadi seorang khalifah dimuka bumi. Makanya kita harus berpegang kepada ayat  ini.

Surah Al-Imran ayat 19 :  Sesungguhnya ugama  (yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah Islam.
Orang( Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisihan (mengenai ugama Islam) melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu (yang sah tentang kebenarannya)semata-mata kerana hasad dengki yang menebal dikalangan mereka.Sesiapa yang mengingkari ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat cepat perhitunganNya.

Selain daripada berpegang kepada ayat diatas,sebagai khalifah perlu mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin.Ini adalah cara Islam membina peribadi seorang Muslim. Seterusnya didalam Islam sebagai khalifah harus bertanggongjawab berkongsi dan mengajar ilmu yang diperolehi daripada ajaran Al- Quran walaupun hanya sepotong ayat.Inilah yang diajarkan oleh Rasullullah saw kepada sahabat-sahabat Baginda agar menyampaikan ajaran Islam walaupun baru satu ayat yang diketahui mereka.

Oleh itu sebagai khalifah, paling penting , perlu berilmu dan tidak berhenti mencari ilmu. Keduanya tidak harus berputus asa walau apa pun halangan-halangan yang ditempoh. Ketiga haruslah memiliki kesedaran berjihad dengan harta dan jiwa.

Jika diimbau kembali kisah-kisah Nabi dan Rasul yang berdepan dengan pihak lawan yang kuat daripada segi fizikal, kesudahannya adalah Islam selalu keluar sebagai pemenang dengan kemusnahan orang-orang kafir mahu pun munafik. Ini adalah janji Allah (Surah48:28).
Justeru  sebagai persiapan untuk melawan musuh, ikutilah hukum-hukum Allah kerana sesungguhnya Allah tidak  memungkiri janji.

Orang Melayu ini sebenarnya mempunyai berbagai ciri dek sebabkan mereka sebenarnya bukanlah terdiri daripada satu keturunan. Walau pun seorang itu berbangsa Melayu tetapi kalau mengikut darah yang mengalir dalam badan mereka munkin juga bercampur dengan Jawa, Minangkabau, Bugis, Arab, Siam, Cina, India, Portugis, Belanda, Jepun, Inggeris dan lain-lain. Namun begitu sebelas bangsa  yang saya sebut disini ada hubungan rapat dengan orang Melayu  kerana kesebelas-sebelas ini pernah menjajah atau menjejak kaki mereka di bumi Tanah Melayu khususnya atau pun di Nusantara amnya.

Oleh itu tidak hairanlah kalau orang Melayu ini mempunyai ciri-ciri persamaan walau pun tidak serupa.Diantara  persamaan ini yang paling menonjol adalah:-

1. Mudah lupa – orang Melayu khususnya atau pun manusia amnya mudah lupa. Lebih kurang macam ikan Dory. Sifat pelupa boleh juga membawa kebaikan selain daripada kerugian kepada individu. Kebaikannya adalah apabila manusia dapat melupakan peristiwa sedih yang  telah dialami. Kerugiannya ialah ada pihak akan mengguna sifat pelupa ini untuk keuntungan mereka. Misalnya mengambil hati orang Melayu semula apabila pada awalnya telah mengabaikan kepentingan mereka.

2. Mudah bertolak ansur  dan pemaaf –  kedua-dua sifat ini dan sifat pelupa adalah saling berkaitan. Orang Melayu senang dipujuk dan jenis pemaaf oleh itu mereka mudah lupa atas kesalahan orang lain dan mudah memaafkan sipesalah. Selain daripada orang Melayu, bangsa yang paling menonjol dengan sifat ini ialah orang Jawa. Orang Jawa khususnya amatlah merendah diri dan bersopan. Maka diceritakan kepada penulis alkisah seorang Jawa yang kakinya telah dipijak orang lalu dia bersuara dengan nada yang lembut….” Maaf  Pak ..kaki saya dipijak”…..??

3. Nak cepat kaya – sifat ini bukan sahaja khusus kepada orang Melayu tapi  munkin juga kepada manusia amnya. Orang Melayu di Nusantara ini  memang hendak cepat kaya tanpa berusaha. Mengikut Sunatullah, semua makhlokNya kena berusaha untuk berjaya. Namun  menjadi satu kelaziman bagi orang-orang Melayu yang memilih jalan pintas kearah mencari kekayaan. Ekoran daripada ini timbullah berbagai kejadian jenayah penipuan. Ada yang menjual batu ajaib kononnya boleh membawa rezeki atau pun boleh mengubat segala penyakit. Sistem melabur wang yang dipanggil labu peram dimana mendapat pulangan yang tinggi dalam masa yang sengkat. Kalau pun betul munkin sekejap sahaja kerana selepas beberapa kali pusingan labu peram pun bertukar jadi labu masak gulai.

4. Tiada perasaan menyayangi harta dan kemudahan awam  –  orang Melayu Nusantara tidak prihatin diatas kemudahan-kemudahan percuma yang disediakan untuk kegunaan umum. Jika ada telefon awam tidak boleh diguna kerana telah dirosakkan. Tandas-tandas awam samada rosak atau dalam keadaan kotor dan berbau. Alat-alat pengesan bencana alam  di tengah-tengah laut  dirosakkan oleh nelayan yang kononnya menghalang kerja menangkap ikan.

5. Tiada keaslian dan kreativiti – sifat ini  mudah dilihat dalam bidang hiburan. Kebanyakan penggiat bidang ini suka meniru. Kalau terdapat produksi filem daripada luar negara mendorong kepada pembikinan cerita-cerita berunsur seram dan hantu maka berlumba-lumbalah syarikat produksi filem Melayu menjurus kearah itu. Sehinggakan pada setiap hari Khamis dikhaskan slot drama seram di TV arus perdana. Apa kaitan cerita seram dengan malam Jumaat? Adakah pada malam Jumaat makhlok asing akan keluar  pergi ke disko  dan berkaraoke? Bila TV luar negara cenderong kepada rancangan realiti maka sibuklah setiap saluran TV di Malaysia menyiarkan program realiti.

Ada pula satu rancangan hiburan saya berpendapat hanya sesuai untuk penonton dewasa bertajuk “Jangan Tidur Lagi”. Rancangan ini ala rancangan”David Letterman”. Kenapa saya katakan rancangan ini sesuai untuk penonton dewasa kerana ianya ditayangkan lewat malam. Tajuknya juga menjelaskan bukan untuk penonton kanak-kanak. Namun begitu penulis kehairanan kenapa pada satu atau dua episod rancangan tersebut  bersama-sama hos tetap muncul dua orang kanak-kanak sebagai hos jemputan. Kenapa penerbitnya pendek akal?
Kalau rancangan masakan dan iklan makanan ini tidak boleh dikira banyaknya. Maka tidak hairanlah kalau  perangkaan pada tahun 2006, setinggi 43.1% daripada rakyat Malaysia menjadi obis. Berapa peratus pula mereka yang obis ini terdiri daripada orang Melayu?

6. Mudah terpengaruh dengan budaya luar – sesetengah orang Melayu percaya apa saja yang datang daripada luar itu adalah baik dan maju. Salah satu pengaruh Barat yang sudah lama meresap kedalam sanubari orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya adalah laman sosial seperti Facebook dan sebagainya yang dipanggil media alternatif. Kemudian timbul pula budaya duduk bantah. Budaya duduk bantah  sudah bermotifkan politik hingga menjadi ganas dan merosakkan harta individu dan kerajaan.
Kalau pasukan bola sepak daripada luar negara ini lebih mendapat sanjungan daripada pasukan negara sendiri. Sanjungan mereka sehingga ketahap menubuhkan kelab di Malaysia. Ahli-ahli koporat yang berwang sanggup beli pasukan bola sepak luar negara semata-mata kerana prestij selain memberi pulangan yang lumayan. Apa ceritanya dengan pasukan bola sepak negara sendiri? Siapa yang sanggup membantu  dan menaikkan nama pasukan bola sepak kita?

Orang Melayu ini memang suka terikut-ikut dengan pengaruh luar tidak kiralah daripada mana. Bidang-bidang hiburan dan makanan adalah yang paling senang dipengaruhi. Jika anda pergi kemana-mana cawangan McDonald, Burger King, Starbucks, siapa pelanggan yang paling ramai?

Jika kita perhatikan dalam bidang hiburan lagi, pada setiap beberapa bulan diadakanlah pesta Jom Heboh. Rancangan TV pula seperti Mentor+Protege, MyVersus telah menjadi hiburan hangat sekarang.Tidak ketinggalan juga program mencari Imam Muda dan Uztazah telah menjadi komersial. Jika diperhatikan majoriti yang mengambil bahagian itu siapa? Majoriti yang mengunjungi Jom Heboh itu siapa? Apakah tujuan diadakan semua ini? Adakah untuk melalaikan orang Melayu Islam?

Selain budaya Barat terdapat juga kecenderungan dan minat kepada budaya Timur seperti daripada negara Korea, China dan Jepun. Sekarang budaya K-Pop dan J-Pop menular dikalangan remaja diseluruh Nusantara. Malu cakap tapi anak perempuan penulis juga diantara yang minat kepada drama bersiri Korea dan Jepun, kumpulan penyanyi KAT-TUN dan lagu-lagu jepun. Tidak ketinggalan juga penulis diantara yang meminat dan mengikuti drama Korea pada satu ketika. Setakat ini budaya Korea masih boleh diterima tetapi hanya pada makanan dan bidang hiburan seperti muzik dan drama sahaja. Namun selaku rakan kongsi perniagaan, harap dilupakan. Mereka sebenarnya setaraf dengan rakan kongsi daripada India, Italy dan China. Kebanyakannya tidak jujur. Kenyataan  ini  adalah berdasarkan daripada pengalaman dan bukan rekaan.

Sedang kumpulan minoriti di Malaysia berusaha gigih menuju kejayaan dan menjadi kaya raya , kumpulan majoriti (siapa lagi kalau tak orang Melayu) masih bercakar sesama sendiri dan terpengaruh dengan  budaya luar  dan dakyah musuh. Anak-anak muda Melayu kononnya hendakkan kebebasan bersuara. Tetapi kalau kebebasan bersuara itu menghalang hak kebebasan orang lain, ada apa dengan kebebasan?

Kebebasan itu bukanlah mutlak. Kalau nak bebas pergilah duduk dipulau mana-mana yang tiada penduduk. Barulah boleh tepuk dada tanya selera. Tetapi itu pun kalau  tiada penghidupan liar  dipulau  tersebut.  Disebaliknya manusia yang datang kesitu  boleh dianggap sebagai menceroboh kebebasan penghidupan liar , akhirnya ada apa dengan orang Melayu?

Ramai orang Melayu  sekarang sudah tiada jatidiri. Kenapa saya katakan begitu?

Walaupun kita hidup dalam masyarakat yang majmuk, bukan maknanya kita perlu beralah selalu. Kita tidak perlu ikut seperti cerita unta dengan tuannya. Semua orang pasti tahu cerita ini. Sebenarnya bukan cerita  unta dan tuannya saja malah ada lagi  satu cerita  mengenai keldai dengan tuannya. Kedua-dua cerita ini mengajar kita supaya berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu harus mengimbau kembali cerita-cerita yang memberi pengajaran  yang diperistiwakan oleh orang-orang tua semasa kita kecil. Sifat bertolak ansur dan mudah memaafkan kesalahan orang lain adalah sifat yang terpuji.Malahan Rasullullah saw juga seorang yang pemaaf dan bersifat tolak ansur. Tetapi janganlah sampai menampakkan kelemahan sehingga orang lain boleh menekan kita.

Seperti tajuk tampalan ini…keadaan orang Melayu sekarang boleh dikatakan ibarat telur dihujung tanduk dan sebabnya  adalah salah orang Melayu sendiri. Mana tidaknya.
Kes-kes yang berkaitan saya bentangkan dibawah ini.

Kes 1:   Hasil Mahsul Bumi Tanah Melayu
Kekayaan daripada hasil bumi seperti bijih timah dan juga perladangan pokok getah bertukar tangan. Sebelum merdeka  lesen melombong  dipegang oleh Raja-Raja Melayu.  Bila pihak British campur tangan dalam pergolakan perlombongan akibatnya  hasil perlombongan  terpaksa dikongsi bersama. Sebagai gantian Raja-Raja dan rakyat jelata  menerima perlindungan daripada keganasan yang timbul yang boleh mencetuskan peperangan demi peperangan.

Kes 2: Menerima Pendatang  Sebagai Rakyat Tanah Melayu Dengan Syarat
Atas desakan pihak British pemimpin-peminpin Melayu ketika itu terpaksa menerima  status pendatang  sebagai rakyat  tempatan bertujuan untuk memperolehi kemerdekaan tanpa  pertumpahan darah. Penerimaan ini adalah atas beberapa syarat. Tapi syarat-syarat  tersebut telah ditentang daripada masa ke semasa oleh pihak pendatang. Namum Melayu tetap bersifat tolak ansur.

Kes 3: Pindaan Demi Pindaan Keatas Akta Pelajaran
Bagi memenuhi permintaan puak pendatang syarat-syarat dalam Akta Pelajaran dipinda saban masa. Akhirnya sekarang bilangan SJK(C)&(T) bertambah dan SMJK (C) &(T) termasuk sekolah swasta pun sudah tumbuh ibarat cendawan tumbuh sesudah hujan.Sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini menerima bantuan kerajaan. Kalau tidak  kerana kebijksanaan Menteri Pelajaran menolak desakan daripada sekolah swasta, kerajaan terpaksa juga beri bantuan kepada mereka.Terima kasih TS Muhyidin.

Kes 4: PPSMI
Lebih menghairankan pemimpin Melayu memperkenalkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Sesudah 5 tahun berlalu langkah ini didapati merugikan pelajar Melayu. Maka terpaksa bertukar haluan. Namun tindakan ini dibantah oleh satu badan yang ditubuh khas yang diberi nama PAGE. Persatuan ini terdiri daripada ibu bapa anak-anak yang bersekolah.Ketuanya pula seorang wanita Melayu. Inilah Melayu kalau dah banyak makan mentega dan keju.

Kes 5: Model Ekonomi Baru (MEB)
Bila pemimpin Melayu bertukar  diubahkan pula dasar DEB kepada MEB dan segala macam akronim. Golongan minoriti bising sebab DEB tidak menguntungkan mereka. Betulkah tanggapan ini?Adakah data-data yang menyokong dakwaan ini? Kononya mengikut kajian ASLI pegangan syer Bumiputra sudah capai 30%.  Maka diubah DEB untuk memenuhi citarasa pihak yang bising ini. Sekarang  mereka senyap kerana  telah dapat beberapa projek mega. Usahawan Melayu  yang baru meningkat dapat apa? Habuk roti adalah.

Namun salah siapa juga?

Semasa menikmati dasar DEB usahawan Bumi menyalah gunakan kemudahan. Bila kerajaan memberi lesen perniagaan, mereka  sewakannya kepada kaum Cina, India dan termasuk  kaum pendatang asing. Akibatnya didapati kawasan Chow Kit sudah bertukar jadi “mini Indonesia”. Usahawan bumi tahu kutip sewa saja. Hendak kerja senang dan dapat duit senang. Samalah ceritanya seperti sebelum merdeka.

Kes 6:Golongan Melayu Yang Menyepi
Lebih membinggungkan bila terdapat segolongan orang Melayu hanya duduk menyepi mengenai desakan demi desakan daripada golongan yang tidak berterima kasih. Akhir ini Persatuan Pendidik Bukan Kerajaan Dong Zong Jiao Zong mengadakan perarakan meminta kerajaan menangani masalah kekurangan guru Bahasa Mandarin. Helo..ini negara Tanah Melayu ok…bukannya Tanah Besar Cina.

Kes7: Orang Melayu Hilang Akal
Namun apa yang paling keji sekali ialah bila melihat orang Melayu diperkudakan oleh golongan minoriti. Orang Melayu sanggup bersekongkol dengan parti lawan semata-mata hendak berkuasa.
Pihak lawan tubuhkan BERSIH. Kononya sebuah badan bukan-kerajaan untuk menegakkan kebenaran. Tapi amat jelas mereka adalah golongan pembangkang. BERSIH sudah bersiri kini macam wayang Hollywood. BERSIH 3.0 sekarang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said. Bayangkan sebagai seorang sasterawan  yang diberi penghormatan status Negarawan  dengan rela  hati terjebak dalam hal-hal yang hendak menjatuhkan kerajaan.

Orang Melayu sekarang  merasa lebih gah jika bahasa penjajah ditingkatkan dan diberi kedudukan yang sewajarnya. Justeru itu kaum lain pun mahukan kesaksamaan.Mereka juga mahukan bahasa mereka diperkembangkan.
Orang Melayu harus faham mengapa kaum Cina berkeras hendak memperkembangkan bahasa ibunda mereka . Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mempercayai jika bahasa mereka dihapuskan maka hilanglah jatidiri. Bila hilang jatidiri maka akan pupuslah bangsa mereka. Mengapa pemimpin Melayu tidak faham hakikat ini?

Orang Melayu  yang  tidak sedar diri mereka diperkudakan, membangkang sehingga hilang akal. Bertengkar didalam Dewan Parlimen yang mulia lagi berdaulat semata-mata hendak menegakkan benang basah. Atau adakah ini satu skrip yang telah tersedia untuk menunjuk kepada pihak  “dalang” bahawa ada orang Melayu yang sanggup sujud kepada permintaan mereka.

Hai orang  Melayu… sedarlah sebelum terlambat. Janganlah asyik dengan kesenangan maka lupa diri.

Sudah lupakah akan sejarah Tanah Melayu? Kita “mati” selama 400 tahun. Bagaimana terjadi?

Lupakah bahawa Tanah Melayu pernah dijajah  oleh Kerajaan Srivijaya , diikuti pula dengan Kerajaan Majapahit, Kerajaan Siam(utara Tanah Melayu), Kerajaan Portugis & Belanda (Melaka&Perak), Kerajaan Jepun dan akhirnya British. Selama lebih kurang 400 tahun Tanah Melayu diserang saling berganti oleh musuh-musuh semata-mata hendak mengaup kekayaan bumi Tanah Melayu.

Orang Melayu  kalau masih tidak sedar dan insaf maka akan berulang semula sejarah ratusan tahun dahulu. Nescaya bangsa Melayu akan pupus jika bahasa sendiri diperdagangkan.Kemudian harta bendanya bertukar tangan. Sehingga orang Melayu akan tinggal sehelai sepinggang. Apa cerita kalau orang Melayu mengemis ditanah air sendiri akhirnya?

Apa tindakan orang Melayu seterusnya?…Berdiam diri  dan tidak ambil pusing?

Saya ulangi lagi , bahawa jatidiri  dan seterusnya bangsa Melayu akan pupus  jika orang Melayu mengamalkan hidup cara “penjajah”. Bukankah”penjajah” ini bertujuan memecah belahkan rakyat dinegara-negara yang mereka ada kepentingan. Lihat saja di Timur Tengah. Mereka hampir berjaya seratus peratus. Akhir ini pandangan mereka sudah beralih kepada negara-negara Asia.

Sekiranya rakyat Malaysia tidak bersatu hati melawan musuh dalam selimut maka  hala tuju negara akan menemui kesesatan dan kehancuran.Bila sampai saat itu , tidak guna menyesal lagi. Bila sudah terhantuk apa lagi nak ditengadakan?

Sebagai seorang rakyat yang tiada apa-apa pada dirinya….hanya boleh berdoa.

Ya Allah, Engkau lindungilah negara kami , Malaysia , daripada musuh Islam….  Amin.

Orang Minangkabau juga dikenali dengan panggilan orang awak atau orang
ba-i-ko.

Alkisah perkataan Minangkabau adalah daripada rangkuman dua perkataan iaitu Menang dan Kerbau. Mereka ini mendiami kawasan disebelah Sumatera Barat dimana Padang adalah ibu negeri.Pak Jon, pemandu kami semasa bercuti di Bukit Tinggi,Padang,  menceritakan bagaimana orang-orang Minangkabau mendapat panggilan tersebut sehingga kehari ini.

Pada zaman kegemilangan Empayar Majapahit berlakulah penemuan kawasan-kawasan baru  untuk ditawan sebagai tanah jajahan mereka. Maka terjadilah satu peristiwa dimana angkatan tentera Majapahit  sampai ke satu kawasan  yang sungguh kaya dengan hasil mahsul dan suasananya yang nyaman dan damai. Oleh kerana dek terpesona mereka keatas keindahan kawasan ini , mereka menamakan tempat tersebut ‘Perca’ atau dalam perkataan Sanskrit  bermaksud ‘Emas’ (iaitu Sumatera sekarang).

Apabila orang-orang kampong mendapat berita bahawa Raja Majapahit  datang untuk menawan kawasan mereka maka susahlah hati mereka. Bagaimana hendak melawan bala tentera Majapahit yang terkenal dengan kekuatan mereka sedangkan orang-orang kampong tiada apa senjata untuk melawan. Yang ada hanyalah kerbau-kerbau yang pandai berlawan.

Nasib menyebelahi orang-orang kampong  apabila mereka mengetahui bahawa orang-orang Majapahit juga mempunyai kerbau-kerbau yang boleh berlawan. Di kampong mereka terdapat seorang ketua yang amat bijak. Beliau mula mengaturkan rancangan supaya berlaga kerbau sama kerbau. Kerbau siapa yang menang maka merekalah yang berhak keatas tanah tersebut.

Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju atas cadangan ini , maka  orang-orang Majapahit pun membawa kerbau-kerbau mereka yang merupakan kerbau-kerbau betina berbadan tegap. Aduhai ..alangkah terkejutnya orang-orang kampong apabila melihatkan keadaan kerbau orang-orang Majapahit bila dibandingkan dengan kerbau mereka. Bagaimanakah peluang  kerbau mereka akan menang?

Sepertimana pembaca sedia maklum, ketua kampong mereka amatlah bijak orangnya (kalau tidak takkan jadi Ketua Kampong). Beliau pun turut merencanakan satu helah supaya dapat melawan kerbau-kerbau betina tersebut. Beliau memberitahu pengikut-pengikutnya supaya mengikat benda tajam kepada gigi anak – anak kerbau mereka. Kemudian mengikat  pisau tajam diatas tanduk kecil anak kerbau dan diselindungi dengan hiasan-hiasan cantik. Akhir sekali beliau mengarahkan supaya anak-anak kerbau  tersebut dilaparkan sehari  semalam.

Lokasi dimana  perlawanan itu akan diadakan dikenal pasti  sebagai tempat yang mendatar  dengan dipasang pagar kayu yang diperbuat daripada pokok Ruyung. Ini untuk mempastikan kerbau-kerbau betina Majapahit tidak akan lari daripada kawasan perlawanan tersebut.

Pada ketika  perlawanan bermula maka dilepaskanlah  anak-anak kerbau tadi yang dalam  keadaan kelaparan  dan kehausan kedalam pagar yang  telah disiapkan untuk tujuan perlawanan. Kerbau-kerbau betina Majapahit pun berada dalam pagar yang sama menunggu lawan mereka. Anak-anak kerbau itu pun lari menerkam kehala kerbau-kerbau betina itu dengan sangkaan bahawa kerbau-kerbau Majapahit itu adalah ibu mereka untuk menyusu.

Apa lagi….sebaik saja  mereka menyondol untuk  menyusu maka kesakitanlah kerbau-kerbau Majapahit itu dan berlumuran-darahlah jadinya. Oleh kerana luka yang amat sangat  maka tumbang dan matilah kerbau-kerbau Majapahit tersebut.

Hatta ‘menang‘lah orang-orang kampong  didalam perlawanan ‘kerbau‘ tersebut dan orang-orang Majapahit  pun  berundur  balik. Mereka pun dipanggil ‘Minang- kabau‘  atau pun menang daripada perlawanan kerbau.

Ekoran daripada perlawanan ini..tempat dimana perlawanan itu diadakan diberi nama Pagaruyung. 

Begitulah kuat semangat orang-orang Minangkabau ini dan dengan kebijaksanaan seorang Ketua Kampong , berjaya menahan tanah mereka diambil dan dijajah oleh musuh.

ps. Cerita ini tertaklok kepada faktor pencerita asal. Salah silap harap maafkan.
 
 

Gunong Singgalang daripada bilik Hotel,The Hills

Sebaik saja menjejakkan kaki kedalam bangunan Bandar Udara Internasional Minangkabau kedengaran azan Asar berkumandang. Buat pertama kalinya didalam sejarah kunjungan kami keluar Malaysia, terdengar azan dalam bangunan lapangan terbang. Sungguh terharu dan rasa kesyukuran kepada Ilahi. Kunjungan kami ke Bukit  Tinggi, Padang adalah agak mendadak  walaupun saya sudah lama impikan untuk kemari. Apa yang saya ingat  daripada arwah ibu saya bahawa nenek dan datuknya  berasal daripada Bukit Tinggi. Selainnya diluar pengetahuan saya.

Bandar Udara atau didalam bahasa Malaysia Lapangan Terbang , terletak di Tabing, Padang. Oleh itu nama lain lapangan terbang ini ialah Lapangan Terbang Tabing. Penduduk disini khususnya dan juga di Indonesia amnya gemar memendekkan bahasa yang diguna. Maka janganlah terasa pelik jika terdapat dipapan tanda disiring jalan tertera perkataan Bandara. Ini adalah rengkasan daripada perkataan Bandar Udara.
Kalau  dari Malaysia hendak ke Padang, Sumatera, kita harus menaiki penerbangan Air Asia walau pun dulu MAS  mempunyai laluan ke sini. Tetapi  sekarang sudah dihentikan. Bila dan kenapa tidak pasti. Sebenarnya kunjungan saya ke Bukit Tinggi, Padang ini adalah yang pertama kali. Pengalaman baru bila menaiki penerbangan  Air Asia selepas enam tahun adalah menikmati hidangan nasi briyani. Makanan ini perlu ditempah semasa menempah tiket on-line. Rasanya seenak nasi briyani yang disediakan dalam  penerbangan FireFly ke Kota Kinabalu sebelum perkhidmatan ini dihentikan sama sekali.

Seiring dengan kunjungan yang pertama kali  ke Padang, berlaku pula pengalaman buat pertama kalinya keatas diri saya. Elok saja masuk kedalam bangunan  Bandar Udara Internasional Minangkabau kami pun menuju kaunter pemeriksaan paspot. Bila tiba giliran saya, dan sejurus  selepas petugas imigresen tersebut memeriksa paspot ,  beliau  mengarah  supaya saya berdiri didepan kamera yang terletak dimejanya. Kehairanan saya pun turutkan saja. Dalam fikiran, adakah wajah saya dalam paspot mencurigakan sehingga perlu diambil foto sekali lagi. Saya sedar bahawa saya tidaklah fotojinik. Perasaan hairan saya hilang bila suami  menjelaskan munkin foto dalam paspot tidak begitu terang sebab itulah petugas imigresen mengarah  saya berbuat demikian. Sedap sikit hati.

Sebaik saja keluar daripada bangunan lapangan terbang kami disambut oleh pemandu kenderaan daripada  The Hills. Hotel The Hills adalah  nama tempat penginapan yang termasuk dalam pakej cuti  4h/3m di Bukit  Tinggi, Padang  oleh Air Asia. Perjalanan mengambil masa lebih daripada 2 jam. Apabila agak hampir  ke pusat bandar  kelihatan sebuah bangunan bernama Rumah Sakit Stroke Nasional. Terfikir dek saya kemunkinan statistik  penyakit stroke disini begitu tinggi sehingga memerlukan rumah sakit khas. Sebelum sampai ke The Hills, kami sempat singgah untuk makan malam. Sebagai membuka langkah kami menjamu nasi padang. Selepas kekenyangan bercampor dengan keletihan daripada perjalanan yang menempuhi selekoh demi selekoh dan trafik yang agak sesak maka kami berkeputusan untuk rehat sahaja dibilik. Aktiviti seterusnya akan dimulakan keesokan pagi.

Saya dikejutkan daripada tidur oleh bunyi enjin motorsikal atau dipanggil honda disini . Sejurus kemudian kedengaran azan subuh dan dituruti dengan suara kanak-kanak mengaji Al-Quran. Walaupun pagi Ahad tetapi aktiviti keagamaan telah mula begitu awal. Kami pun mengambil masa bersiap untuk turun sarapan. Sebelum itu , suami saya berjaya menghubungi pemandu pelancong yang disyorkan oleh adik ipar saya. Syukurlah rezeqi menyebelahi kami kerana beliau bersetuju untuk menjadi pemandu selama 3 malam kami berada di Bukit Tinggi.

Hari 2 ( sebenarnya hari 1 aktiviti lawatan ) : Pemandu kami adalah  seorang penduduk tempatan dan bekerja dengan Royale Holiday.Kami memanggilnya Pak Jon. Beliau tidaklah begitu berumur tetapi di Indonesia bila sudah berkeluarga dipanggil Bapak. Seperti yang dijanjikan beliau tiba di lobi hotel kira-kira jam 10:00pagi waktu tempatan. Waktu tempatan Indonesia lewat 1 jam dengan waktu di Malaysia.

Itineri kami yang pertama pagi itu adalah mengunjungi Rumah Sulaman Hj Rosmah. Didalam perjalanan ke tempat ini pemandu kami bercerita tentang aktiviti ekonomi di Bukit Tinggi. Penduduk disini kebanyakan menanam padi, berusaha menenun kain songket dan menyulam. Selain daripada hasil kraf tangan,  mereka juga usahakan bermacam aneka keropok. Keropok terkenal di Bukit Tinggi  ialah keropok Sanjai. Keropok ini diperbuat daripada ubi kayu  dan bersalut cili. Jika tidak mahu yang bercili  pun ada.

Selepas melihat hasil sulaman di Rumah Hj Rosmah kami  beransur  ke  Cafe KINIKO.  Disini disediakan pisang salai goreng, minuman daun teh kopi,  minuman kopi  tempatan  yang ditanam oleh orang kampong  berhampiran  dan jus pinang muda. Semuanya dihidangkan percuma melainkan jus pinang yang dicaj sebanyak 10k Rp  segelas iaitu lebih kurang RM3.00.Pemandangan di KINIKO Cafe amat  tenang sekali  dengan gambaran bukit-bukau dan sawah padi sejauh mata memandang.  Selepas siap menghirup kopi panas, merasa pisang salai goreng dan tidak lupa juga mencuba  jus pinang muda kami pun beransur kedestinasi seterusnya. Diam tak diam sudah tiba masa untuk makan tengah hari walaupun kami masih kenyang.

Kami sambong perbualan dengan Pak Jon. Saya menerangkan kepada beliau tujuan utama saya kemari adalah untuk melihat keadaan kampong nenek moyang( disebelah ibu ) saya. Tapi malangnya saya tidak tahu apa nama kampong dan suku mereka. Pak Jon menambah jika diketahui nama suku, beliau boleh bantu mengesan keluarga arwah ibu saya. Beliau  pernah membantu satu keluarga daripada Malaysia yang datang mencari keluarga mereka di Bukit Tinggi hingga berjaya. Beliau hanya mengambil masa 2 hari saja. Saya langsong bertekad bahawa sekembalinya kami ke Malaysia saya akan mengumpul seberapa  banyak maklumat yang boleh. Sementara itu  kami hanya menghabiskan percutian ini dengan menikmati keindahan pemandangan di Bukit Tinggi sambil membeli cendera hati untuk keluarga  di Malaysia.

Pak Jon turut menceritakan kepada kami bahawa penduduk disini kebanyakan terdiri daripada orang Minangkabau dan berugama Islam. Maka  tidak hairanlah bila kelihatan masjid disetiap jalan di dalam bandar dan disepanjang perjalanan daripada lapangan terbang menuju tempat penginapan kami.Untuk makan tengah hari kami dibawa ke Pondok Flora di kawasan Tanah Datar.  Suasananya juga begitu hening dan nyaman. Walaupun kami tidak begitu lapar bolehlah habis nasi 1/2 pinggan. Selesai makan  dan solat zohor kami teruskan perjalanan ke aturcara climaks  iaitu mengunjungi Istano Basa Pagaruyung yang terletak di Batu  Sangkar.

Menurut Pak Jon istana tersebut sedang diperbaiki kerana mengalami kebakaran. Menurutnya lagi  bumbung rumah Minangkabau  yang bertanduk membawa maksud tersendiri. Jika didapati bumbung rumah itu mempunyai sepasang tanduk bererti  hanya terdapat  1 keluarga saja yang mendiami rumah tersebut. Jika 3 bermakna 2 keluarga dan 4 bermakna rumah ketua kampong. Jika 5 rumah ketua suku dan jika 6 keatas kediaman keluarga diRaja.
Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada keesokan hari  biar saya menceritakan asal usul  perkataan Minangkabau  dan Pagaruyung.
InsyaAllah  didalam tampalan seterusnya…

p.s. Mengikut Pak Jon Rumah Sakit  Stroke Nasional  yang berada di Bukit Tinggi ini  adalah satu satunya di Indonesia. Ini menguatkan lagi tangkapan saya bila diberitahu bahawa masakan penduduk disini banyak yang berlemak. Maka penduduk yang  diserang penyakit stroke adalah  satu perkara yang sering berlaku.

Percayakah  anda  bahawa  ANGKA  mengawal  atau mempengaruhi kehidupan kita  sehari-hari ?

Mengapa tidak?

Pada amnya kita tahu bahawa ANGKA mempunyai  kaitan dengan bidang ilmiah.Namun begitu, kita tidak dapat menafikan bahawa ANGKA juga mempunyai pengaruh dalam kehidupan kita sama ada  secara langsong atau tidak langsong.

Unsur ANGKA ini banyak terdapat pada ayat-ayat suci Al-Quran-ul-Karim.Diantaranya, unsur ANGKA menunjukkan tempoh sesuatu kejadian.Contohnya, Allah swt. mengambil  enam (6 ) masa untuk menjadikan  langit dan bumi dan segala-gala yang ada diantaranya.ANGKA yang disebut dalam Al-Quran juga membawa maksud bilangan atau jumlah. Contohnya, langit (syurga ) dijadikan tujuh(7) lapis  dan begitu juga bumi. Seterusnya Allah menjadikan manusia  berpasangan iaitu dua (2). Begitu juga keadaan dengan makhlukNya yang lain.

ANGKA yang membawa maksud bilangan atau jumlah menerangkan bahawa di sisi Allah terdapat dua belas (12) bulan dalam satu (1) tahun. Diantara dua belas bulan ini empat (4 ) daripadanya  dianggap  bulan yang dihormati , iaitu bulan  Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Hukum Islam juga  menetapkan bahawa seorang kaum Adam boleh beristeri  empat (4) pada satu masa. Namun hukum ini diikuti  dengan terma dan syaratnya.

ANGKA yang membawa maksud tempoh dapat menjangka tarikh bayi akan dilahirkan.Pada lazimnya kandungan bayi  dalam rahim ibu  adalah selama  sembilan (9) bulan dan beberapa hari, selalunya 9 atau 10 hari. Bila ANGKA ini dicapai , maka  dengan kehendak  Allah , lahirlah bayi itu  dalam keadaan sempurna dan sihat. Walau bagaimana pun jika  diatas kehendak Allah juga,  bayi itu dilahir ketika  kandungan  dalam rahim baru 7 bulan  maka ini akan mengakibatkan  keadaan bayi itu tidak sempurna  dan terpaksa dibantu dengan  mengguna alat inkubator. Namun jika bayi itu dilahirkan pada usianya 8 bulan, maka keadaan  bayi  itu  adalah dalam bahaya. Selalunya  susah diselamatkan berbanding  jika  bayi dilahirkan semasa 7 bulan. Begitulah ANGKA memainkan peranannya.

Selain  ANGKA  membawa maksud tempoh dan bilangan atau jumlah, ANGKA dalam bidang ilmiah dapat membantu ahli-ahli profesyenal  menjalankan siasatan dan penyelidekan.Jika anda masih ingat terdapat satu drama TV yang berjodol ” Numbers ” , yang menceritakan  bagaimana seorang pakar kaji ANGKA membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah.

Dalam kehidupan seharian, kita banyak mengguna ANGKA. Contohnya ANGKA yang menunjukkan waktu. ANGKA sebagai  petunjuk  waktu diguna untuk  kita bangun tidur, untuk tujuan temujanji , untuk memulakan mesyuarat dan lain-lain aktiviti yang penting.

ANGKA juga menunjukkan ukuran atau sukatan sesuatu. Tukang jahit perlu mengambil ukuran badan sebelum dia boleh memotong dan menjahit baju kita.Kalau ukuran salah baju tidak selesa dipakai.Sukatan bahan-bahan mentah dalam resipi dapat membantu dan menyenangkan kerja tukang masak atau mereka yang baru hendak belajar memasak.Salah dalam menyukat, akhirnya masakan kita dibuang ke longkang!

ANGKA yang mempunyai  ciri keunikan mudah diingat.Misalannya, kalau pasangan yang hendak bernikah/bersanding  sudah pasti memilih tarikh yang unik, mudah diingat atau yang memberi sesuatu maksud kepada mereka. Pada tahun ini, tarikh yang mempunyai ANGKA yang menarik ialah 10/10/10. Pada tahun hadapan munkin ada  yang merancang  untuk mengijab kabul pada 11/11/11 . Bagi mereka yang mampu pula bolehlah membeli nombor yang menarik atau yang mempunyai Feng Shui yang baik untuk diguna pada pelet kereta mereka.

Seterusnya, jika anda ingin tahu rahsia disebalik  tarikh lahir anda,bolehlah dirungkai seperti berikut. Cuba anda  campurkan tarikh lahir anda sehingga  perolehi  satu ANGKA. Contohnya,  jika tarikh lahir anda ialah 18hb Sep 1998, ini bermakna ANGKA anda  ialah 9. Sembilan bererti  kejayaan. Sama ada ANGKA  9 ini ada hubungan rapat dengan nasib dan  peribadi anda, janganlah diambil pusing kerana ini hanya setakat hiburan saja. Selanjutnya, sila lihat maksud untuk angka-angka berikut  :-

1 –  ketua

2 –  penyabar

3 –  boros

4 –  pengkaji selidik

5 – minat berniaga

6  – kaya

7 – mudah mendapat sokongan

8 – degil

9 – kejayaan

Menurut  kepercayaan  kaum Tiong Hua pula ANGKA 9 ialah panjang umur dan 8 membawa maksud  kemakmuran . Tetapi  janganlah anda terlalu taksub dengan tafsiran ini. Ianya setakat  hiburan sahaja. Kuasa penentu adalah  daripada  Allah swt dan  usaha gigih diri sendiri.

Selain  ANGKA  diguna untuk  tujuan hiburan  semata-mata,  ianya juga  mempunyai  pengaruh negatif  mahu pun positif.  Pengaruh  negatif  yang dimaksudkan  ialah apabila manusia  bertaruh atau berjudi  mengguna ANGKA. Tujuan utama adalah  kerana  hendak  cepat kaya.  Ugama Islam melarang  penganutnya berjudi  kerana  ini  akan memudaratkan kehidupan  manusia.  Lagi pun hasil daripada perjudian  adalah haram  dan  kita tidak boleh memberi anak isteri kita makan dengan wang haram.

Selain ANGKA yang membawa maksud Feng Shui yang baik, terdapat pula golongan yang memilih ANGKA untuk mencatat peristiwa hitam dalam sejarah dunia.Contohnya, adakah anda masih ingat kejadian tragis, September 11 ? Kalau ditulis tarikh ini mengguna ANGKA, ianya merupakan 911. ANGKA 911 ini  adalah nombor talian kecemasan bagi rakyat di Amerika untuk menghubungi pusat bantuan.

Pengaruh atau kesan  positif ANGKA  sebaliknya terdapat dalam hal-hal keselamatan. Di jalan-jalan raya terutama di Lebuhraya selalu terdapat kemalangan kerana pemandu tidak ikut had kelajuan. Jika had kelajuan menunjukkan 110 km, pemandu hanya mengundang  bahaya jika memandu lebih daripada had yang dibenarkan.

Sekarang  kita hidup  didalam era digital. Anak-anak semakin bijak pandai.Keupayaan anak-anak diukur dengan bilangan pangkat A diperolehi dalam Peperiksaan Am.Namun sebagai ibu bapa contoh jangan kita mengadili keupayaan anak-anak dengan berapa ANGKA pangkat A diperolehi tetapi kita adili sedalam mana ilmu yang diperolehi.

Kalau hendak dirungkaikan, banyak lagi aktiviti-aktiviti  kehidupan seharian  manusia  yang  ada  hubung kait  dengan  ANGKA. Tetapi cukup setakat  ini. Kesimpulannya  ANGKA boleh membawa  kemudaratan jika disalah gunakan atau disalah hitung. Sebaliknya ANGKA juga boleh membawa kejayaan dan kemakmuran. Tidak boleh dinafikan  ANGKA  banyak memain peranan yang  signifikan  kepada kehidupan kita.

Akhir sekali penulis ingin bertanya, apakah signifikasi  ANGKA  ini ,  0 ?

😉

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930